Showing posts with label seni. Show all posts
Showing posts with label seni. Show all posts

17 Aug 2015

Kalam Berakar Tanah


Mengisahkan Majid Seorang Bekas Pemimpin Tentera Komunis. Cara Hidup Majid Dan Sejarah Hidupnya Menarik Minat Seorang Remaja Kampung Iaitu Jamil Yang Sedang Melanjutkan Pelajarannya Di Dalam Jurusan Perfileman. Keadaan Mula Meruncing Apabila Ketua Kampung Tok Mat Meninggal Dunia. Anak Tok Mat Iaitu Abu Yang Juga Ketua Pemuda Kampung Meminta Bantuan Beberapa Penduduk Kampung Untuk Membersihkan Tanah Wakaf Di Hujung Kampung Itu Namun Kedatangan Mereka Di Tentang Majid Sehingga Menyebabkan Pergaduhan. Demi Menghormati Jenazah, Jasad Tok Mat Di Semadikan Di Kampung Sebelah Dan Hal Ini Membuatkan Abu Berdendam Dengan Majid. Dalam Masa Yang Sama Hubungan Majid Dan Jamil Semakin Rapat. Pada Suatu Hari Ketika Jamil Sedang Merakamkan Wawancara Dengan Majid, Abu Datang Bersama Beberapa Orang Konconya Untuk Melunaskan Dendam Kepada Majid. Bagaimanakah Nasib Majid Dan Jamil Selepas Ini? Ikuti Kesudahan Drama Sempena Hari Kemerdekaan Berjudul KALAM BERAKAR TANAH Arahan Rohaizulfarridz Salleh Skrip Oleh Muzzamer & Mohd Rahhiemi Alias Pada 31 Ogos 2015 Nanti Jam 9.05 Malam Di TV1 RTM Terbitan Unit Drama TV

KALAM BERAKAR TANAH 
Arahan Rohaizulfarridz Salleh 
Skrip Oleh Muzzamer & Mohd Rahhiemi Alias 
31 Ogos 2015 
9.05 Malam 
 TV1 RTM 
Terbitan Unit Drama TV



koleksi barang antik

Tenang lihat koleksi barang antik
Wartawan Sinar Harian
17 Ogos 2015


KAMPUNG BUKIT TOKBAT - Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya. Begitulah perumpamaan bagi menggambarkan minat seorang datuk 10 cucu, di sini, yang sanggup berkorban wang ringgit demi hobinya mengumpul barang-barang antik atau lama.

Malah, sehingga kini Zamri Abdul Razak telah membelanjakan lebih RM500,000 bagi mendapatkan pelbagai jenis barangan antik diminatinya untuk dijadikan sebagai koleksi bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga di Thailand dan Indonesia.

Berkongsi cerita, bekas pesara kerajaan itu berkata, minatnya terhadap barang-barang lama mula bercambah sejak berusia 12 tahun setelah saban hari melihat keris dan berpeluang bermain bedik milik arwah ayahnya, Abdul Razak Omar.


Mini galeri simpan koleksi

Menurut Zamri, ibarat ‘orang mengantuk disorongkan bantal’, ayahnya menghadiahkan bedik tersebut kepadanya ketika usia menginjak remaja dan minatnya kian bertambah sehinggakan dia berazam untuk mengumpul barang-barang antik sebagai hobi.

“Sudah rezeki saya, sekitar tahun 1979 saya bertugas di daerah ini. Ketika itu, terdapat banyak barang antik atau lama yang sememangnya mempunyai nilai estetika dan sejak itulah saya mula beli daripada orang-orang kampung. Duit gaji banyak dihabiskan untuk hobi.

“Lima tahun selepas itu saya ditukarkan ke kawasan Hulu Dungun, Dungun dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa gembiranya saya kerana kawasan tersebut juga terdapat banyak barang antik yang boleh dibeli sebagai koleksi peribadi," katanya.

Zamri berkata, sehingga kini dia sudah memiliki lebih 50 jenis barang lama seperti lembing, pisau, keris, tempayan, kitab dan al-Quran lama, pinggan mangkuk, kukur kelapa serta pakaian songket.

“Barang paling mahal dimiliki ialah mangkuk dibeli dengan harga RM10,000 dari Songkhla, Thailand.

“Kesemua koleksi barangan ini diletakkan di tempat khusus. Sekarang ini saya sediakan mini galeri di sebelah rumah dan boleh habiskan masa seharian suntuk di sini kerana melihat barang-barang yang ada ini boleh berikan saya ketenangan,” katanya.

Ahli keluarga beri sokongan

Tambah ahli Persatuan Seni Purba Terengganu ini, koleksi barangan dimilikinya ada juga telah dijual kepada penggemar yang lain selain bertukar barang dengan rakan-rakan dan kebiasaannya dia turut terlibat dalam pertandingan serta pameran berkaitan barang-barang
antik.

Katanya lagi, walaupun hobinya itu menyebabkan dia terpaksa membelanjakan wang yang banyak namun dia tidak pernah rasa menyesal sebaliknya merasakan satu kepuasan apabila sesuatu barangan diminatinya dapat dimiliki.

“Mungkin bagi sesetengah orang hobi begini dianggap satu pembaziran tetapi bagi saya tidak. Sebaliknya ia boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan kerana nilai barangan ini bukan sahaja tinggi sekarang, tetapi juga punya peminat tegar tersendiri.

“Namun, tidak semua koleksi dijual sebaliknya saya akan simpan kerana ada barang-barang tertentu sukar diperoleh lagi pada masa sekarang.

Katanya, ahli keluarga termasuk isteri, Zaini Nawawi, 54, sudah faham minatnya dan mereka sentiasa beri sokongan.

“Dua anak saya iaitu Nor Shahirah dan adiknya Nor Hakimi,13, lebih cenderung menunjukkan minat mereka terhadap barang-barang antik ini.

“Merekalah yang akan membantu saya menjaga koleksi ini, jika saya ke luar negara atau tiada di rumah,” ujarnya.

Tambah bapa 10 anak ini, di sebalik keseronokan dia juga tidak terlepas daripada ujian-NYA apabila ada koleksi barangannya terutamanya diperbuat daripada tembaga dicuri namun dia menganggap semua itu bukan rezekinya.

Sementara itu, Zaini berkata, dia sentiasa menyokong Zamri biarpun ada kalanya masa seharian suaminya banyak dihabiskan dengan berada dalam mini galeri tersebut.

“Sebagai isteri, saya pun kena belajar meminati apa yang disukainya.

“Sekarang ini saya sudah biasa dan seronok kerana dengan minatnya itu menyebabkan rumah kami sering dikunjungi orang bukan sahaja penggemar barang antik tetapi juga komuniti setempat,” katanya.

sinar harian

15 Aug 2015

silat

Memodenkan silat warisan Melayu


BERTUGAS sebagai polis bantuan di sebuah agensi swasta di Kuala Lumpur memerlukan Mohammad Farhan Mohamad Azlan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Kebiasaannya pemuda berusia 25 tahun itu akan bertugas di sebelah malam dari pukul 8 malam sehingga 8 pagi.

Rutin harian anak kelahiran Ampang, Selangor itu ialah memastikan kawasan sekitar bangunan setinggi 20 tingkat itu sentiasa selamat daripada pencerobohan orang luar. Justeru itu, selang dua jam sekali, beliau akan membuat rondaan di sekeliling bangunan.

Pada suatu hari, ketika membuat rondaan di belakang bangunan tersebut beliau didatangi oleh seorang lelaki warga asing dalam keadaan mabuk.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu memegang pemutar skru sepanjang 20 sentimeter di tangan kanannya.

Mohammad Farhan terus mendekati lelaki berkenaan dan memintanya beredar dari kawasan tersebut. Malangnya, dia diserang oleh lelaki tersebut dengan pemutar skru.

Dalam keadaan cemas tersebut, tangan kirinya pantas menepis serangan yang dihalakan ke bahagian perut itu sehingga menyebabkan pemutar skru itu terlepas daripada genggaman si penyerang.

Tangan kanannya yang digenggam erat lantas dihayun tepat mengenai bahagian rusuk penyerang sekali gus dia rebah dan berjaya diberkas.

Itulah saat pertama kali, bapa kepada dua cahaya mata itu menggunakan ilmu Silat Cekak Hanafi selepas hampir lima tahun mempelajarinya.

Silat Cekak Hanafi adalah salah satu seni mempertahankan diri yang berasal dari Kedah. Berdasarkan cerita, silat ini pernah digunakan oleh panglima-panglima kanan istana pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II yang merupakan Sultan Kedah ke-21 (1797-1843).

Pengasas

Silat tersebut, kemudiannya diasaskan dan dilahirkan semula oleh Ustaz Hanafi Ahmad pada tanggal 28 Disember 1965.

Jelas Mohammad Farhan, beliau mendalami ilmu persilatan adalah untuk mempertahankan diri, keluarga, agama dan negara.


Salah satu aksi menarik dalam pertunjukan Silat Cekak Hanafi di ibu negara baru-baru ini.

“Saya memilih mempelajari silat ini berbanding seni mempertahankan diri lain kerana ia mudah dipelajari. Dalam tempoh lapan bulan, saya sudah boleh menguasai kesemua 21 buah mata pelajaran yang terdapat dalam silat ini.

“Tambahan pula, ia merupakan seni warisan bangsa yang harus dipelajari oleh orang Melayu. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan meneruskan warisan ini,” katanya.

Antara buah-buah yang terdapat dalam silat tersebut ialah Pertama, Ali Patah Atas, Lintau, Siku Potong, Selendang dan Pusung Kemanga.

Sementara itu, salah seorang jurulatih, Maisarah Mohd. Merom, 25, berkata, terdapat empat ciri utama dalam Silat Cekak Hanafi iaitu berdiri lurus menunggu serangan (tidak berkuda-kuda), 99 peratus mempertahankan diri, 21 buah mata pelajaran dan empat peringkat mata pelajaran asas iaitu Asas, Jatuh, Potong dan Tamat.

Menurut anak kelahiran Kuching, Sarawak itu, ciri tersebut membuatkan Silat Cekak Hanafi berbeza sama sekali dengan silat-silat lain yang terdapat di Nusantara.

“Silat ini sesuai dipelajari oleh semua golongan bermula dari umur 13 tahun dan ke atas. Ia juga sesuai untuk kaum wanita kerana pergerakannya lebih kepada bahagian tangan berbanding kaki.

“Ilmu dalam silat ini lebih menjurus kepada mempertahankan diri berbanding menyerang. Situasi ini, dapat mendidik penuntutnya menjadi seorang yang penyabar dan berdisiplin,” katanya yang juga merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara, kampus Puncak Alam, Selangor.

Menariknya, Silat Cekak Hanafi juga bebas daripada sebarang ritual yang bercanggah dengan agama Islam.

Pantang larang

Bagaimanapun, setiap penuntut perlu mematuhi pantang larang dalam silat tersebut iaitu dilarang menderhaka kepada ibu, bapa dan guru, bergaduh sesama ahli dan mencaci silat Melayu asli lain.

“Silat ini bebas daripada amalan khurafat. Sebelum memulakan langkah, kami hanya membaca surah al-Fatihah. Ini menjadikan daya penarik kepada generasi muda untuk melibatkan diri dalam silat.

“Dalam semua peringkat persilatan, para penuntut akan berlatih secara berpasangan. Tenaga pengajar hanya menunjukkan kepada penuntut mata pelajaran yang ingin diajar supaya mereka lebih memahami teknik tersebut,” katanya yang menjadi tenaga pengajar selama hampir dua tahun.

Alat kebesaran bagi Silat Cekak Hanafi ialah parang lading yang biasanya dijumpai di negeri Jelapang Padi.


SILAT Cekak Hanafi mempunyai kira-kira 100,000 orang ahli aktif di seluruh negara.

Sebagai senjata, parang lading digunakan dalam silat mempunyai perbezaan yang ketara berbanding yang sering digunakan oleh petani dalam aktiviti harian mereka.

Menariknya, parang lading biasanya mempunyai ukuran tertentu bagi membolehkan ia sesuai dengan si pemakai.

“Pengamal Silat Cekak Hanafi menggunakan parang lading untuk mempertahankan diri daripada serangan pelbagai senjata kecuali senjata api. Ia biasanya diletakkan dalam keadaan matanya tersorok di belakang tangan atau di dalam lengan baju pengamal.

Kesetiaan

“Bagaimanapun, parang lading hanya dianugerahkan kepada mereka yang telah mencapai satu peringkat tertentu membuktikan kesetiaannya kepada persatuan,” terang Maisarah lagi.

Selepas kematian Ustaz Hanafi pada 13 Ogos 1986, jawatan Guru Utama dikosongkan selama tujuh tahun.

Ia kemudiannya diserahkan kepada Md. Radzi iaitu anak keempat Ustaz Hanafi pada 19 Mei 1993 sehinggalah sekarang. Pada 5 Ogos 1995, silat tersebut telah didaftarkan di bawah nama Pertubuhan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi.

Menurut Md. Radzi, matlamat asal persatuan silat tersebut adalah untuk mengembangkan warisan seni bangsa Melayu agar tidak terus ditelan arus pemodenan dunia.

Selepas 50 tahun bertapak di negara ini, hampir 200,000 orang telah mempelajari silat cekak di seluruh dunia.

“Kami mempunyai hampir 100,000 orang penuntut yang masih aktif, 1,542 orang tenaga pengajar dan 250 kelas di seluruh negara. Jumlah tersebut adalah dua kali ganda lebih besar berbanding 25 tahun lalu.

“Kami juga membuka kelas silat di luar negara seperti di Melbourne, Australia, Britain dan Arab Saudi. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan terutamanya daripada masyarakat tempatan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabat Selat Cekak Hanafi di Taman Malawati, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Antara faktor utama membolehkan Silat Cekak Hanafi terus berkembang, beliau memaklumkan, ia disebabkan langkah persatuan memperkenalkannya di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Menerusi langkah tersebut, pihak persatuan berjaya menarik lebih ramai penuntut baharu yang terdiri daripada golongan muda untuk mendalami silat berkenaan.

“Kami sentiasa mempergiatkan promosi-promosi di sekolah menengah dan IPT serta pembaharuan dalam silat ini agar seiring dengan keadaan semasa,” terang Md. Radzi yang telah menjangkau umur 47 tahun.

Pembaharuan

Antara pembaharuan yang dilakukan termasuklah memasukkan elemen muzik moden ke dalam persembahan dan tempat pembelajaran lebih kondusif seperti bilik pendingin hawa.

Mengulas mengenai cabaran menjawat jawatan Guru Utama, beliau memaklumkan kesukaran paling besar adalah menguruskan dan menggerakkan persatuan tersebut.

Katanya, menguruskan sebuah organisasi yang tidak mempunyai dana tetap dalam tempoh lima dekad bukan satu tugas mudah.

“Kami tidak memperoleh sebarang dana daripada pihak tertentu. Persatuan hanya bergantung harap kepada yuran yang dikenakan kepada penuntut iaitu RM30 sebulan untuk membayar sewa bangunan.

“Persatuan menetapkan khidmat jurulatih adalah secara sukarela tanpa sebarang bayaran,” ujarnya sambil memaklumkan pihaknya aktif menerima undangan membuat persembahan di majlis-majlis keramaian.

Di samping itu, persatuan mempunyai perancangan masa panjang yang rapi bagi mengukuhkan dan mengembangkan lagi Silat Cekak Hanafi. Antaranya, membina sebuah bangunan untuk dijadikan ibu pejabat operasi yang baharu di Bangi, Selangor.

Selain itu, Md. Radzi juga merancang mewujudkan Yayasan Ustaz Hanafi bagi menabur bakti kepada masyarakat melalui sumbangan tenaga dan kepakaran.

kosmo

5 Sept 2014

Lat


Karya Lat diajar di universiti Tokyo
MyMetro 2 Julai 2014

Tokyo : Novel grafik 'Kampung Boy' karya Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat dalam edisi bahasa Jepun akan dijadikan alat bantu mengajar bagi penuntut pengajian Asia Tenggara di Tokyo University of Foreign Studies (TUFS), institusi pengajian tinggi tertua di matahari terbit ini.

Kampung Boy diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dengan kerjasama TUFS Press, Tokyo iaitu syarikat yang turut bertanggungjawab terhadap pemasarannya di Jepun.

"Ia akan menjadi bahan bantu mengajar yang sangat menarik kerana masyarakat dunia 50 tahun yang lepas, pernah melalui kehidupan yang serupa seperti yang ditonjolkan dalam Kampung Boy.

"Budaya yang dipaparkan dalam Kampung Boy merupakan kehidupan yang sangat dekat dengan alam semula jadi yang serupa seperti kebanyakan masyarakat di dunia," kata Lat kepada pemberita di sini, hari ini.

lat


BAKAT Lat diiktiraf Jepun. FOTO Fail NSTP


Edisi itu dilancarkan serentak dengan perasmian Pavilion Malaysia pada Pesta Buku Antarabangsa Tokyo Ke-21 (PBAT21) di Tokyo Big Sight yang pamerannya berlangsung selama empat hari sehingga 5 Julai ini.


Lat berkata, terbitan Kampung Boy adalah hasil terjemahan semula pensyarah bahasa Jepun di Universiti Kebangsaan Malaysia, Hieda Natsue dan kemudian disunting pensyarah TUFS, Prof Madya Soda Naoki.

Edisi pertama diterbitkan syarikat Shonbunsha Ltd pada tahun 1984 yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Jepun.

Sebagai Negara Tema yang kesembilan pada PBAT21, Pavilion Malaysia turut menerima kunjungan anggota kerabat diraja Jepun Puteri Mako yang mewakili bapa beliau Putera Akishino yang juga merupakan Presiden Pesta Buku Antarabangsa Tokyo (PBAT).

Terdahulu baginda merasmikan PBAT21 dengan kesemua 25 ketua delegasi turut memotong riben.

Malaysia diwakili Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadiron dan Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Malaysia di Jepun, Hendy Assan.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia, Noor Azlan Abu Bakar.

Penyertaan Malaysia buat kali keempat di PBAT adalah hasil kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan membawa 1,500 judul buku menerusi 20 penerbit.

Turut ditonjolkan persembahan mak yong dan wayang kulit.

Mohd Khair selaku ketua delegasi berkata kerjasama dalam penerbitan Kampung Boy merupakan antara hasil strategik penyertaan Malaysia di PBAT selama tiga tahun sebelum ini.

"Ini merupakan perkongsian intelektual dua negara yang bakal menguntungkan kedua-dua pihak khususnya dalam menyokong perkembangan bahasa Jepun dan tamadun Asia Tenggara," katanya.

Ketua Editor TUFS Press, Prof Iwasaki Minuro pula berkata pemilihan Kampung Boy dalam kerjasama itu adalah disebabkan idea serta jalan ceritanya yang diterjemah dan diterbit dalam 12 bahasa dunia.

Beliau berkata ia bukan sahaja sesuai untuk tujuan pembelajaran tetapi juga sebagai dokumen sosial masyarakat yang sekali gus menjelaskan bagaimana ia mampu membina pasaran di pelbagai negara antaranya Perancis, Belanda, Jerman, Korea dan Amerika.

"Menerusi Kampung Boy, kita dapat mengimbas kembali kenangan di masa lampau. Saya percaya masyarakat Jepun dapat memahami cerita yang disampaikan menerusi Kampung Boy," katanya.

MyMetro

KAMPUNG BOY MODUL MENGAJAR IPT JEPUN
03 Jul 2014 - Berita Harian


Karya Lat perkongsian intelektual antara dua negara

Kampung Boy edisi ba­hasa Jepun, karya Da­tuk Mohd Nor Khalid atau Lat yang dilancarkan pada Pesta Buku Antarabang­sa Tokyo (TIBF) 2014 semalam, bakal dijadikan alat bantu me­ngajar di Tokyo University of Foreign Studies (TUFS).

Novel grafik yang diterbit­kan Institut Terjemahan & Bu­ku Malaysia (ITBM) dengan kerjasama TUFS Press Tokyo itu akan digunakan pelajar bi­dang Pengajian Asia Tenggara di universiti tertua Jepun itu. Pengarah Urusan ITBM dan Ketua Delegasi Malaysia seba­gai Negara Tema TIBF 2014, Mohd Khair Ngadiron, berkata Kampung Boy ialah novel gra­fik paling berjaya di Malaysia dan sudah diterjemah ke da­lam 12 bahasa antarabangsa.

Perkongsian intelektual

"Penerbitan Kampung Boy kar­ya Lat ini hasil strategik da­ripada penyertaan Malaysia dalam TIBF yang kini masuk tahun keempat.

"la juga sebahagian per­kongsian intelektual di antara Malaysia dan Jepun yang akan menguntungkan kedua­-dua negara, khususnya dalam mendukung perkembangan bahasa dan tamadun di AsiaTenggara," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pavi­lion Malaysia dan pelancaran Kampung Boy Edisi Jepun di Pavilion Malaysia, TIBF 2014, Tokyo Big Sight, semalam.

Hadir sama, Pengarah Pa­meran Reeds Exhibition Japan Ltd, Keisuke Amano dan Ketua Editor TUFS Press, Prof. lwasaki Minora.

Terdahulu, Puteri Mako me­wakili ayahnya, Presiden TIBF, Putera Akashino menyempur­nakan perasmian TIBF di Pen­tas Utama Tokyo Big Sight se­belum mengunjungi Pavilion Malaysia. Novel grafik Kampung Boy itu ialah versi kedua dalam bahasa Jepun selepas kejayaan terbitan pertama oleh syarikat tempatan, Shonbunsha Ltd pada tahun 1984 yang men­dapat sambutan baik masya­rakat negara itu.

Terjemahan semula

Terbitan edisi baharu itu ialah hasil terjemahan semula Pen­syarah Bahasa Jepun di Uni­versiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Hieda Natsue dan di­sunting oleh Pensyarah TUFS, Profesor Madya Soda Naoki.

Sementara itu, Lat ketika ditemui, berkata beliau gem­bira Kampung Boy yang asal­nya ditulis dalam bahasa Ing­geris sebelum diterjemah kedalam bahasa Melayu, digu­nakan sebagai alat bantu me­ngajar di TUFS.

"Novel grafik berkenaan me­ngandungi bahan menarikyang menggambarkan kehidu­pan masyarakat berpuluh-­pu­luh tahun lalu, sekali gus ber­peranan sebagai pendedahan kepada generasi muda hari ini,"katanya.

Selain pelancaran Kampung Boy oleh Lat, Pavilion Malaysia turut mendapat perhatian pe­ngunjung TIBF apabila gabu­ngan persembahan wayang kulit Kelantan dengan boneka Jepun, Edo Ito Ayatsuri Ningyo, dipersembahkan buat pertama kali kepada pengun­jung.

Persembahan itu tidak ha­nya menjadi eksperimen seni kreatif, malah simbolik kepada penyatuan budaya Malaysia dan Jepun yang dijelmakan di TIBF 2014.

itbm

Lat antara penerima Anugerah Merdeka 2014. Tahniah

Lat antara penerima Anugerah Merdeka 2014

utusan online
SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah beramah mesra Dr. Kamalan Jeevaratnam (kiri) dan Dr. Lim Hong Ngee pada majlis pengumuman dan penyampaian penerima Anugerah Merdeka 2014 di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Kartunis terkemuka, Datuk Mohd. Nor Khalid, 63, atau lebih dikenali sebagai Lat, muncul antara enam penerima Anugerah Merdeka 2014 atas sumbangan beliau dalam bidang pendidikan dan komuniti.

Selain Lat, lima individu lain ialah Mohd. Khan Momin Khan, Datuk Dr. Choo Yuen May, Prof. Dr. Abdul Latif Ahmad, Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail dan Datuk Earl of Cranbrook, yang dipilih berdasarkan bidang kepakaran masing-masing.

Mohd. Nor menerima anugerah tersebut berdasarkan sumbangannya memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia menerusi lakaran kartun; Mohd. Khan, 79, melalui penyelidikan dan pemeliharaan hidupan liar di negara ini manakala Choo Yuen, 59, yang aktif dalam bidang kesihatan, sains dan teknologi, melalui usaha beliau melakukan penyelidikan berasaskan industri kelapa sawit.

Dua lagi individu dipilih menerima anugerah itu bagi kategori pencapaian ilmiah ialah Prof. Dr. Ahmad Abdul Latif, 47, dan Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, 48.

Bagi anugerah atas sumbangan kepada rakyat Malaysia pula, pemilihan Datuk Earl Of Cranbrook, 81, dibuat berikutan usahanya dalam pemeliharaan biodiversiti hutan.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Fisiologi, Perdana Universiti-Kolej Perubatan Diraja Ireland, Dr. Kamalan Jeevaratnam dan Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Lim Hong Ngee dipilih sebagai penerima geran anugerah Merdeka 2014 bagi menjalankan penyelidikan dalam bidang masing-masing di luar negara.

Majlis mengumumkan penerima-penerima Anugerah Merdeka 2014 itu dibuat Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka yang juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Menara Berkembar Petronas di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Sementara itu, Sultan Nazrin bertitah, sejak anugerah tersebut diperkenalkan pada 2007, seramai 22 individu dan dua organisasi telah dipilih sebagai pemenang.

"Setiap tahun Anugerah Merdeka menyampaikan penghargaan kepada individu dan organisasi yang banyak menyumbang kepada negara.

"Pada tahun ini, mereka yang dipilih akan menerima wang tunai sebanyak RM500,0000, trofi dan cenderamata," titah baginda.

utusan online

Mari kita melihat seketika antara karya-karya Datuk Lat








26 Oct 2013

Anugerah Buat Jamal

Hajat Jamal selepas bergelar Datuk


PENYANYi terkenal, Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali baru-baru ini dianugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-83.

Gelaran Datuk diberikan kepada Jamal, 54, berkat sumbangannya dalam industri hiburan lebih 30 tahun.

Biarpun hidup Jamal dahulu pernah terpalit dengan kontroversi dadah, namun lelaki gigih itu membuktikan dia mampu mengecapi kejayaan.

Berkongsi rasa setelah bergelar Datuk, luah Jamal, dia tidak menjangkakan penganugerahan tersebut, namun bersyukur di atas kurniaan yang diberikan kepadanya

“Saya sebenarnya tidak menjangkakan gelaran ini (Datuk). Bagaimanapun, saya rasa gembira dan bersyukur pada Tuhan di atas anugerah yang tinggi ini,” ungkapnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Berjanji untuk menjaga nama baik sendiri dan juga nama baik Tuanku yang telah menganugerahnya gelaran tersebut, ikrar Jamal lagi, dia juga akan meneruskan baktinya sebagai anak seni kepada masyarakat sampai bila-bila.

Biarpun dikurniakan dengan gelaran Datuk, jelas Jamal, dia tetap akan bersikap seperti dahulu.

“Tiada apa-apa perubahan pada diri saya selepas ini. Apa yang berubah cuma saya lebih bersikap rendah diri dan mudah didekati.

“Saya juga berterima kasih kepada peminat-peminat yang menyalurkan ucapan tahniah kepada saya,” tuturnya sambil merendah diri.

Berkongsi mengenai harapannya selepas ini, kata Jamal, dia berhajat untuk berkongsi pengalaman hidup dengan golongan yang pernah terjerumus sama sepertinya dahulu iaitu bergelumang dengan najis dadah.

Kata Jamal, dia mahu mereka (penagih) sedar dan tahu manusia mampu berubah ke jalan yang lebih baik yang mana semuanya bergantung pada usaha.

“Sebagai manusia, semua orang boleh berubah ke jalan yang lebih baik. Jadi saya mahu kongsi pengalaman ini dengan semua orang,” katanya.

Disoal sama ada dia berasa terbeban dengan gelaran Datuk yang mana dia sentiasa perlu menjaga tingkah laku agar tidak terpalit dengan sebarang kontroversi lagi, luah Jamal: “Selama sembilan tahun saya sudah berubah dari segi tingkah laku dan tidak lagi terjebak dengan dadah biarpun gelaran Datuk itu belum dikurniakan kepada saya.

“Kini, setelah menerima gelaran Datuk, saya mahu masyarakat terus menyokong dan menyayangi saya.”

Jamal turut berkongsi kegembiraannya bersama dua orang anaknya iaitu Osama Yamani, 11, dan Ahmad Zaki Yamani, 7, mengenai penerimaan anugerah tersebut.


“Anak kedua saya, Ahmad Zaki Yamani, 7, mungkin belum mengerti bila saya beritahu mengenai penerimaan gelaran ini. Tetapi anak sulung saya iaitu Osama Yamani, 11, agak terkejut apabila saya khabarkan tentang penerimaan gelaran Datuk kepadanya.

“Saya gembira kerana dapat kongsikan kegembiraan ini pada anak-anak, ibu tiri saya, Norsiah Mat Noor dan peminat-peminat saya,” katanya.

Mengulas mengenai projek seninya selepas ini, ujar Jamal, syarikat miliknya iaitu Bintang Channel Sdn. Bhd. akan menganjurkan sebuah konsert solonya di Kota Bharu, Kelantan pada bulan Januari depan.

Sumber Kosmo Online

31 Jul 2013

penglipurlara



PAMERAN yang berjudul Penglipurlara: Alkesah Yang Empunya Cherita mempersembah dan mendemonstrasi kesinambungan silam sosio-budaya Melayu.

Ini merupakan tradisi penceritaan dalam bentuk kontemporari melalui karya oleh artis dan penghibur melalui maksud ekspresi dan saluran media seperti muzik, filem dan Internet.

Istilah 'Penglipur' membawa maksud penghibur manakala 'Lara' pula bermaksud duka atau kesedihan hati. Daripada cantuman dua kata 'Penglipur' dan 'Lara' membawa pengertian cerita yang menghiburkan orang dalam kesedihan atau dukacita.

Apabila ditambahkan perkataan 'si' sebagai 'si penglipurlara', merubah makna dan peranannya kepada si tukang cerita atau pencerita.


Kebiasaannya cerita si penglipurlara adalah cerita-cerita roman yang mengandungi unsur pengembaraan. Biasanya cerita berlegar di sekitar golongan istana atau putera-puteri, cerita raja dengan segala gambaran keindahan, kemewahan, kesaktian serta kejadian-kejadian yang luar biasa.

Cerita penglipurlara terkenal di kalangan masyarakat Melayu kerana mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Keunikan itu jelas dilihat dari segi ceritanya, penutur atau tukang cerita dan cara persembahan cerita tersebut.

Dalam masyarakat Minangkabau misalnya, cerita penglipurlara dikenali sebagai Kaba. Mengikut kajian tukang cerita atau penutur cerita penglipurlara ini terdapat dua golongan iaitu tukang cerita profesional dan amatur.

Cara penyampaian menggunakan kepakaran mereka tersendiri. Contohnya dengan gaya dan lagunya tersendiri serta diserikan lagi persembahan menggunakan alat-alat muzik yang sederhana seperti rebab, biola dan sebagainya. Selain itu ada juga tukang cerita yang menyampaikan cerita dalam bentuk prosa lirik.


Dalam konteks inilah kurator memperkenalkan semula pencerita sebagai artis, penghibur dan manusia biasa dengan karya kreatif yang mereka hasilkan.



PenglipurLara: Alkesah Yang Empunya Cherita
24 June – 1 Sept 2013
Galeri Reka,
Balai Seni Visual Negara, Malaysia


Faizal Sidik, Kurator, Balai Seni Visual Negara, Malaysia

Mempamerkan himpunan naratif yang dipinjam daripada Alam Melayu, Penglipur Lara akan mempersembahkan dan mendemostrasikan kesinambungan silam sosio-budaya tradisi penceritaan dalam bentuk kontemporari melalui karya oleh artis dan penghibur melalui maksud ekspresi dan saluran media seperti muzik, filem dan internet.

Istilah ‘penglipur’ bermaksud ‘penghibur’ dan ‘lara’ pula bermakna ‘sedih’ yang bermaksud cerita sedih yang disampaikan oleh pencerita itu. Apabila di tambahkan perkataan ‘si’ sebagai ‘si penglipur lara’, ia merubah makna peranannya kepada si tukang cerita atau pencerita. Dalam konteks inilah, kurator Faizal Sidik dan Khairuddin Hori akan memperkenalkan semula pencerita ini sebagai artis, penghibur dan manusia biasa dengan karya kreatif yang mereka hasilkan.

Metos dalam menghasilkan dan memperbahrui adalah antara asas kepada pengkaryaan Penglipur Lara. Mereka disanjung kerana keberanian bercerita, Penglipur Lara mahir dalam merancang strategi dalam menawan dan memberi insprasi kepada audien dengan cerita-cerita luar biasa, siang dan malam dengan bantuan prop seperti boneka wayang kulit. Tukang cerita ini berpernan dalam membina dan mewujudkan mesej yang berkaitan dengan moraliti, sejarah, keadilan, hak dan kerohanian.

Dalam kebiasaan dunia teknologi pada hari ini melalui penerokaan media dalam talian seperti YouTube, Facebook, Tumbler, Twitter dan blog-blog, melainkan jika seseorang itu memencilkan diri, sesiapa dan hampir setiap orang tanpa menyedari bakat Penglipur Lara ada di dalam diri mereka atau memberitahu seseorang mengenai sesuatu cerita. Mempunyai tweet, mengemaskini status, blog, gambar video dan muzik yang di muat naik mudah dilakukan pada masa kini dimana mereka bersaing untuk mendapat populariti secara tidak langsung. Untuk memberitahu sesuatu cerita kini tidak perlu lagi untuk masuk keluar kampung, atau pergi dari bandar ke bandar, atau memerlukan seseorang yang berkarisma atau menawan hati dengan ceramah atau kemahiran bercerita. Audien tidak lagi mudah terpedaya dan menjadi penduduk kampung yang pasif, pencarian sesuatu cerita boleh didapati mudah hanya dengan mencari di enjin carian Google. Dari sini mereka boleh melontar dan menerima cerita bari setiap hari. Pada hari ini kita hidup penuh dengan Penglipur Lara ciptaan kita sendiri.


15 Mar 2013

jiwa 80-an



t
 ahun 80-an, antara beberapa lagu yang menjadi pujaan dan siulan.



aku dan kenangan 

brain connection - aku dan kenangan

18 Feb 2013

adat hidup temukan mati


langgam pak dogol

banyak karya m. nasir dan yang ini cukup bermakna dan bererti untuk dikupas. jarang ada lagu yang menyempurnakan falsafah dan kehidupan seindah dan sesantun karya besar m. nasir ini.

                        klip video langgam pak dogol nyanyian m nasir

pak dogol merupakan watak diambil dari persembahan seni tradisional wayang kulit. watak manusia biasa, hidup dalam serba sederhana dan menghabiskan usia menghambakan diri sebagai pengasuh (pembantu) kepada raja seri rama. seorang yang digambarkan sebagai berperut buncit dan berkulit hitam dan bercakap dengan bahasa pelatnya. namun kesetiaan dan kebaktian terhadap raja jauh melampau susuk tubuh dan cara pecakapannya. penuh hemah, berhati-hati, tidak sesekali bertindak menyakitkan hati raja, jauh sekali dari ingin menyanggah baginda. seluruh hidup adalah kebaktian dan kesetiaan terhadap baginda raja sebagai tanda khidmat i untuk kerajaan kuala dua derdap muda diperintah seri rama.

watak pak dogol dalam persembahan wayang kulit kelantan

ramai menyembut bahawa pak dogol adalah watak badut dan penuh kelucuan. tapi saya melihat bahawa watak ini melampaui garis fizikal dan  lelucon yang dizahirkan. ia adalah citra manusia sederhana, hidup dalam segala warna suram gelap untuk tidak menyaingi kehebatan raja yang gemilang dan penuh warna. ia lambang ketaatan dan ketertiban dalam senda gurau dan lucu tetapi bukan tolol dan bodoh. pak dogol bukan badut yang hanya menyerlahkan ketololan semata-mata untuk memikat hati raja. pak dogol adalah manusia biasa yang memancarkan sifat rakyat yang setia akan pemerintah, yang tidak pernah merasa lebih kuat dan angkuh dari pemerintah, pak dogol adalah hamba yang membulatkan tekad dan azam kebaktian bukan semata-mata untuk taksub kepada sang raja tetapi sebagai setia rakyat akan raja dan cinta akan negaranya.

watak sinikal yang memberi nafas manusia biasa yang dekat dengan rakyat atau audien. watak yang mesra audien di mana audien akan merasa diri mereka berada dalam cerita dengan hadirnya pak dogol, wak long dan sebagainya. citra yang dapat mengikat hubungan jiwa antara cerita dan audien beginilah juga diguna pkai oleh seniman agung p ramlee yang membina watak ramlee, sudin dan aziz yang menjadi begitu dekat dengan audien. ia melekat dan membiak dalam fikir audien dan di sinilah pula falsafah, pesan dan kias bermula. 

dalam setiap cerita wayang kulit pak dogol menjadi medan cerita tetapi tidak melampaui rajanya. segala konflik yang dialami oleh seri rama, hanuman, dan sebagainya akan berfokus kepada pandangan, buah fikiran, dan nasihat pak dogol. tapi ia tidak langsung terlajak sebagai manusia angkuh dan mengambil kesempatan atas kepercayaan raja dan pembesar. sebalikny semakin merendah dan beralah tetapi sentiasa memberi kata pemutus yang diakuri oleh raja dan pembesar.


begitu pak dogol dalam cetera wayang kulit melayu atau wayang kulit kelantan. watak ini dikembangkan lagi oleh m nasir dengan sudut pandang yang lebih terbuka. dalam hidup moden manusia hari ini barangkali sukr mencari manusia pak dogol yang memperhamba diri hanya untuk mengagungkan raja dan negaranya. tapi sudut-sudut falsafah  dan layar hidup pak dogol inilah yang menjadi inti kepada karya m nasir dijelmakan dalam langgam pak dogol ini.

m nasir tidak mahu melihat pak dogol dalam  bingkai tradisinya tetapi cuba membangkitkan falsafah, kehidupan, dan sindiran dalam kanvas moden.  jelas apa yang mahu dikembangkan m nasir melalui lirik oleh loloq ini adalah menegur penuh hemah dan santun sebagaimana tindak-tanduk pak dogol yang sentiasa menegur dan menasihati raja secara hemah dan jujur tetapi bukan menghina dan memalukan. teguran atau peringatan inilah penting dalam zaman moden ini agar masyarakat kembali mencari falsafah hidup yang lebih memberi makna dan kesan. tidak terdorong oleh falsafah yang akhirnya meruntuhkan.\

 kepentingan hidup adalah menjadi manusia yang dapat membina warna bakti yang berguna untuk masyarakat. bukan menjadi penyebab dan pendorong kepada kemusnahan dan kekeliruan. tidak gopoh gapah kerana ia akan membawa kepada kesilapan. menilai dengan kebijakan tentang segenap yang berlaku sebelum mengambil tindakan. kembali kepada masa lalu sebagai pengimbang bagi masa kini. yang penting adalah setiap insan perlu menyempurnakan tugasnya untuk memberi bakti terbaik buat masyarakat atau negara bukannya membangkit keliru dan kacau yang tak berkesudahan. 

adat hidup temukan mati. ia adalah jalan akhir manusia. ia perlu diinsafi dan perlu diingati sepanjang hayat. tak ada yang abadi dan dalam kesementaraan inilah pentingnya manusia meninggalkan suatu yang berguna dan memberi imbau manfaat. yang penting adalah setiap manusia memahami akan perintah yang maha esa tentang hidup dan tujuannya. namun manusia tidak harus menyerah dan beralah sebaliknya meletakkan diri pada tempat yang sebaik-baiknya. pak dogol meski hanya manusia biasa tetapi dapat menempatkan dirinya sebagai hamba raja yang turut memberi sengat dan sindir kepada khilaf,  susun tindak dan aturan semata-mata untuk martabat negara dan rajanya.

keberanian harus menjadi nafas besar dalam biak hidup. tidk menyerah dan lemah tunduk. pak dogol tidak menunjukkan lemah dan tunduk dalam memberi fikir dan nasihat. tidak sekali-kali membiarkan raja bertindak sesuka hati sebaliknya memberi sindir dan nasihat agar segala tindakan berpaksi di jalan benar. keberanian adalah kesanggupn untuk berhadapan dengan segala kemungkinan tetapi penuh bijaksana. raja seri rama merupakan seorang yang cepat marah, mudah bertindak tanpa berfikir panjang, tetapi seorang yang memiliki kelembutan hati yang tak terbandingkan jika dalam situasi tenang. pak dogol terpaksa mengambil langkah bijak dan aturan yang rapi untuk mengatasi segala itu. bagaimana membuang amarah dengan bijaksana, menyejukkan hati dengan kata-kata nasihat yang halus dan tertib dan terpenting tidak sekali-kali menyakitkan hati baginda raja.



langgam pak dogol adalah bingkai renungan yang mengajak kita berfikir tentang kehidupan pada abad baru ini. tidak memilih kesilapan kerana ia akan merugikan, dan tidak pula menyerah kerana ia akan memberi keburukan. semuanya perlu ditangani dengan kebijaksanaan bukn diledak amarah dan taksub yang membutakan mata fikir dan mata hati. kembali kepada fitrah hidup akan menemukan mati dan dalam hidup menjajarkan sebanyaknya benih bakti.

tak ada yang abadi dan kita pula harus meletakkan setitik yang dapat menjadi manfaat untuk semua.

12 Feb 2013

aku yang dulu bukanlah sekarang


saya pernah menulis tentang anak kecil berbakat besar dari indonesia tegar namanya. bakat seni yang berbingkai dalam tubuhnya sudah berupaya merubah erti nasib dan masa depan anak kecil ini.
anak kecil yang dulu hany membicarakan hidupnya sebagai sebatas pengamen, kini telah berada
jauh lebih baik dari masa lalunya.

lagu terbaru nyanyian tegar persis menyatakan kembali jalan-jalan pilu dan sukar yang dilaluinya tahun-tahun yang sudah berlalu itu.

       video terbaru tegar - aku yang dulu bukanlah sekarang


dulu kususah sekarang alhamdulillah
begitu antara lirik lagu baru tegar

apa yang penting adalah bahawa hidup ini tak pernah berada pada batas yang sama
bingkai nasib akan dapat berubah sekiranya kita mengusahakan dengan gigih
dan diberi peluang serta kesempatan sebaiknya.

jika tak siapa membawa tegar ke jalannya sekarang
tegar akan kekal dalam lingkung nasibnya
tapi, semuanya boleh berubah dengan segala peluang dan kesempatan
serta takdir yang maha kuasa

terus maju tegar.






nasi kandar line clear



hampir lima belas tahun aku tidak berada di sini, di penang road, line clear. apa lagi menikmati nasi kandar yang cukup terkenal. nasib baik ketika aku tiba, tidak begitu ramai pengunjung dan dapat duduk dengan selesa untuk menjamu nasi kandar di line clear.

cukup enak dan menyelerakkan. sesudah makan nasi kadar diikuti dengan teh tarik. melihat jam sudah menunjukkan jam  lima petang. dan orang mulai berbaris panjang untuk menjamu selera. sesudah berjam-jam berkereta dan makan nasi kandar suatu yang meruntun kembali kenangan lama. tempat ini pernah aku kunjungi bersama teman-teman,  terutama pada waktu petang. banyak celoteh dan cerita dibuka di sini. apa lagi seorang demi seorang teman yang pernah menjadi pengunjung line clear terpantul dalam ingatan. ada yang masih dapat kuhubungi dan ada yang jauh menghilang entah ke mana.

penang road sudah banyak berubah, tidak lagi macam dulu-dulu. selepas kena nasi kandar, aku berjalan melintas chowrasta dan bertapak ke tingkat satu untuk ke satu lagi tempat kegemaranku dulu. agak lengang suasana petang itu, banyak kedai sudah ditutup mungkin kerana mereka nak merayakan sambutan tahub baru china malam nanti.


aku ke gerai buku-buku lama yang ada di bazar chowrasta. membelek buku-buku lama  dan di sini aku sering kunjungi dulu untuk mencari buku-buku lama. sudah puas membelek sana sini kubeli tiga buah buku. nak dikatakan lama tidaklah sangat, masih baru kelihatannya.
"RM85.00 encik," kata mamak penjual buku lama
"tak boleh kurang?"
"sudah kurang encik"
aku hanya senyum dan membayarnya. dialognya sama saja macam berpuluh tahun lalu.
tapi kalau perlukan buku, di sinilah destinasi yang memungkinkan apa yang  diperlukan ditemui.


hari semakin gelap. aku memandang keliling penang road. untuk menapak ke komtar sudah tak larat rasanya. ketika perjalanan ke hotel, si tukang beca sedang menyusun becanya di tepi jalan. kebetulan ketika melintas ada seorang tukang beca tua berbangsa china diwawancara oleh pemberita. aku hanya menatap sambil berlalu.

esoknya di tv1 cerita tukang beca itu keluar di kaca tv. ia mengisahkan bagaimana sambutan tahun baru si tukang beca hanya bersama teman-teman untuk makan malam menjelang tahun baru. close up wajah si tukang beca memantul warna-warna sepi yang panjang.


aku terdiam seketika sesudah segmen itu habis di tv.

malam tahun baru yang sepi. dan ketika turun dari hotel si tukang beca masih duduk menunggu penumpang. dia bukan yang muncul di tv tetapi yang pasti semalam menyambut tahun baru hanya di sini di tepi jalan bersama beca tua dan ditemani teman-teman

hidup sepi dalam usia tua. ah, semuanya meramas fikirku.





1 Feb 2013

senandung hidup


senandung hidup


tidak banyak lagu yang berupaya memaparkan dorongan dan motivasi yang ampuh.
irama dan lagu yang dapat merungkai kesulitan, memberi nafas segar kepada minda dan 
jiwa akan banyak membantu seseorang kembali ke landas yang benar.
tidak terkapai-kapai dalam pergulatan yang tak berpenghujung tetapi dapat
merenung kembali segenap langkah dan tindak menuju jalan benar.

senandung hidup, antara lagu yang berupaya membina rungkai jiwa, haruman baru
terhadap segala kepayahan dan kegusaran. lagu dinyanyikan oleh j. mizan, penyanyi yang
cukup terkenal pada era 60-an hingga ke era 70-an.

lagu yang dapat memberi nafas pada jiwa untuk sebuah kebangkitan, beralih dari rasa
pilu dan bergerak ke arah baru. lirik yang puitis dengan sarat makna kejiwaan yang
halus membakar semangat.

kalaulah lagu ini mahu digunakan sebagai pengubat jiwa dan semangat
anak-anak untuk gigih belajar dan mengejar kecemerlangan, barangkali ia begitu sesuai.

ia menjadi khazanah yang dilupakan. jarang lagi terdengar di radio ia diputarkan.
sedang lagu begini bagus untuk remaja dan anak muda merenung
masa depan agar tidak mudah terkapar dalam kegawatan.

mujurlah dalam you tube saya temui lagu ini dipersembahkan dalam 
video yang menarik. terima kasih atas insan yang bertungkus lumus
menyelamatkan lagu berharga ini




senandung hidup
nyanyian j mizan

bila hati dalam kesedihan
bila diri rasa kesunyian
mengapa itu harus kau kesalkan
jangan pula kau tangiskan
tiada insan yang tetap sempurna
tiada pula yang terus derita
hidup ibarat berputarnya roda
ambil itu untuk renungan
hidup ini suatu perjuangan
perlukan pengorbanan
jangan kesal bila kau kecundang
anggap itu bukan penghalang
bila jaya usah engkau lupa
bila gagal usah kau kecewa
berjaya bukan tanda bahagia
gagal tidak erti derita
hidup ini suatu perjuangan
perlukan pengorbanan
jangan kesal bila kau kecundang
anggap itu bukan penghalang
bila jaya usah engkau lupa
bila gagal usah kau kecewa
berjaya bukan tanda bahagia
gagal tidak erti derita

semoga lagu ini memberikan
warna yang berguna

31 Jan 2013

sebatas pengamen



"hidupku hanya sebatas pengamen"



begitulah antara lirik lagu yang dinyanyikan anak berbakat ini ketika videonya diangkat ke youtube.
dari situlah, nama tegar berputar sebagai nama yang diminati kerana bakat dan suaranya.
anak berbakat tapi hidupnya dipenuhi sebagai jalur-jalur sebagai pemuzik jalanan (pengamen)

melihat cara tegar memetik gitar muzik seperti sebati dan mengalir dari dalam dirinya ke tali gitar yang dipetik. begitu besar bakatnya. tegar menyanyi seawal usia empat tahun. sehingga tegar muncul dalam rancangan  tv popular indonesia bukan empat mata.



manusia dilahirkan penuh bakat, hanya masa, kesempatan dan ruang
melenturnya ke tengah khalayak. kini semua mata mula melihat tegar

selamat maju jaya tegar




30 Jan 2013

ratap akhir

apa yang dapat dikatakan
pemergian adalah pemergian
walau si anak masih berharap ibunya bingkas 
semuanya telah berakhir

hanya rintih yang tak terdengar siapa

begitu luka kita melihatnya

selamatkan, hidupan liar 
mereka berhak untuk merasa aman 
dalam jagat mereka

27 Jan 2013

melihat yang jauh


 melihat yang jauh

saya terkesan dengan sudut pandang yang dikemukakan oleh hasrulhassan  berkaitan dengan kaedah menjadikan blog terkenal dan berpengunjung.

tidak mudah untuk menjadikan blog terkenal dan diketahui ramai. bagi mereka yang sudah begitu berjaya dan berkedudukan dalam duni blogging, sekalung tahniah atas pencapaian terbaik itu. ia bukan mudah dan perlukan masa, ruang, kerajinan, keprihatinan, kesungguhan, kesabaran, dan istiqomah yang tinggi.

dari aspek teknikal perlukan seo yang tinggi dan rapi. saya masih tidak banyak pengetahuan untuk bercakap panjang dalam perkara ini. masih perlu berjalan dan berjalan dari pintu blog ke pintu blog yang lain dan membaca artikel demi artikel untuk memahamkan perkara teknikal sebegini.

hasrul memberi pilihan kedua iaitu membuat diri kita berada di tengah keriuhan dunia blogging melalui temu dan kenal, sapa dan khabar yang berpanjangan, tidak tercengkam oleh kulit pemikiran dan idea sendiri, tetapi berusaha untuk memahami apa yang termuat jauh dari kita. menjadi bloggers dan menyendiri dengan segala posting dan idea, tidak menambah apa-apa. blogging memerlukan dunia saling berhubungan, saling kenal,mesra, dan ketekunanan untuk berjalan jauh. berjalan dari pintu ke pintu blog menyapa mereka di dalam.

atau mengenal secara peribadi  mereka yang ternama dan bertukar pendapat dan pandangan tentang blogging. sempitkan keluasan dunia maya dengan saling berhubungan dan berakrab secara mesra dan saling tahu.

blogging tak memerlukan banyak senyum tetapi banyak menyapa penuh mesra. dekat menjadi jauh dan renggang menjadi mesra.

dunia tersendiri sudah berlalu, kita perlu berada dalam keriuhan teman-teman dengan pelbagai cara dan stail  yang harus kita senangi.

perlu melihat yang jauh baru kita menjadi lebih dekat
dan kita akan terlihat dalam baris-baris ikon dan kata di puncak blogging

mampukah saya begitu???

saya hanya senyum meski tak terlihat sesiapa di sini..
kalau ada tersilap pandangan, mohon diperbetulkan



23 Jan 2013

sahabat


 sahabat akan selalu hadir dalam jengah masa atau lingkung ruang. ia menjadi manusia bererti dalam jajar hidup, yang semakin akrab mendaki erti dan makna hidup. yang selalu menunggu dengan sabar, kelewatan atau kekecohan yang berpunca dari kekalutan diri sendiri. yang akan berada paling hadapan ketika diri tersungkur dalam kepayahan dan akan menegur dengan teratur atau dengan kata kecil yang sungguh bermakna; "sabarlah...".

yang akan berceloteh panjang, mengungkit cerita, dan paling  berbisa kata-kata menegur, memperbetul, atau mengajak kembali kepada hakikat. yang memberi ingat atau ketika-ketikanya kita merasakan keterlaluan, tapi begitulah sahabat. hadir dalam hidup kita dan begitu dekat.

tapi sejauh mana jaring sahabat, setia, mengerti, memahami, dan memberi? seupaya mana segenap lapis hidup akan tersedia hanya untuk seorang sahabat? apa lagi sesudah masing-masing berbagi oleh garis hidup tersendiri. terpisah oleh tanggungjawab, tugas, urus hidup, dan garis-garis pengalaman yang berbeza. beberapa orang sahabat yang akrab dan begitu disanjungi ada yang menghilang dan menjauh oleh perbezaan masa dan sejrah hidup. dan kita memulakan dengan sahabat baru pula. bukan kita ingin berpisah tetapi takdir dan waktu bukan milik kita. ada yang langsung hilang khabar dan kita pun tak pernah tahu di mana mereka berada, sedang mereka pernah akrab dan memahami. ada yang sudah menemui illahi  mendahului kita. dan ada yang masih dapat dihubungi tetapi sudah berkurang gelak dan tawa oleh beza nasib dan desak masa.

apapun mereka adalah sahabat yang pernah singgah atau masih berada dalam kamar hidup kita.

tapi mampukah kita menjaga sang sahabat sebagaimana haiwan berikut ini.? dalam becana tsunami yang berlaku di jepun 2011,  video ini menjelaskan bagaimana murninya persahabatan. seekor anjing yang comot dan lemah bergerak antara sarap dan timbunan sampah akibat tsunami. ia cuba menghalang krew yang menghampiri. rupanya ia sekian lama menjaga sahabatnya, seekor anjing lain yang terbaring dan lemah.  ia tk bisa memberitahu tetapi ia bertindak dengan segala naluri yang ada untuk menyelamatkan sang sahabat.

ia begitu mengharukan. begitu menyentuh emosi betapa makna persahabatan diterjemah di celah sarap dan sampah akibat tsunami. bayangkanlah bagaimana kedua-duanya mengharungi kesukaran dan kepayahan sebelum ditemukan....



begitu makna sahabat.  dan kita sering diperingatkan oleh segenap yang terjadi.
di tengah busar tsunami, atau dari perilaku haiwan
bahawa sahabat adalah segalanya
tak terbatas suasana, tak terbatas masa
alur hidup yang kita lalui
dalamnya terisi sahabat dan teman
mereka amat berharga dan perlu dihargai

hargailah sahabat seadanya...

18 Jan 2013

bermain kata

bermain  kata



hanyalah hayat hayutan hidupan. jalan jujur jadikan janji. bukan buas buangkan batas
rintih nangis rangkul mangsa. hidup hanya hasta hamparan. tiba tika tinggal tikungan

apa yang terhidang dalam ungkap di atas? hanya kata-kata biasa dan tidak memberi kesan apa-apa?
atau tidak ada apa yang istimewa hanya kata.

saya mencuba sebagaimana pernah diperlakukan oleh seorang penulis dari perancis, georges perec yang menghasilkan novel  la disparition (1969; a void). keseluruhan novel ini ditulis tanpa menggunakan kesemua aksara yang ada. perec  tidak langsung menggunakan aksara e dalam novelnya. dan apabiila   gilbert adair menterjemahkan novel ini ke dalam bahasa inggeris, beliau berupaya mengekalkan ciri asal novel itu tanpa penggunaan sebarang aksara e.

apa yang dikemukakan oleh perec merupakan satu kaedah penulisan yang dikenali sebagai lipogram. lipogram berasal dari kata greek lipagrammatos yang bermaksud hilang aksara. ia merupakan kaedah penulisan berhalangan atau main kata. dalam keadah ini aksara tertentu akan dielakkan dari penggunaannya. kebiasaannya aksara yang dielakkan itu terdiri daripada beberapa aksara vokal yang kerap terpakai dalam sesuatu kata seperti huruf e dalam penulisan bahasa  inggeris.

menulis lipogram merupakan suatu yang mencabar terutama jika huruf-huruf seperti e, t  atau a ditiadakan atau tidak digunakan langsung. banyak kata biasa terpaksa dihilangkan dan penulis perlu memilih kata baru untuk menggantikan kata yang tidak boleh dipakai kerana mengandungi huruf yang dielakkan. misalnya jika huruf u mahu dielakkan dari penggunaannya, maka lipogram yang dihasilkan terpaksa menggunakan semua aksara yang lain melainkan aksara a. penulis memiliki kata yang terbatas untuk digunakan. untuk menghasilkan baris-baris kata lipogram yang menarik, bermakna, dan sempurna dari aspek tatabahasanya bukan kerja mudah. ia mencabar daya fikir dan kreativiti penulisnya. 

lipogram adalah main kata yang menarik dan cukup mencabar. bayangkan sebuah novel terhasil dengan beberapa aksara vokal yang tidak langsung digunakan. antara lipogram terawal yang cukup terkenal adalah yang dihasilkan oleh  ernest vincet wright menerusi novelnya gadsby (1939). novel ini mengandungi 50 000 patah perkataan dan langsung tidak mengguna pakai aksara e. novel ini mendapat kupasan menarik dari para pengkritik. 



penggunaan pangrammatic lipogram atau lipogrammatic pangram merupakan teks yang mengandungi tulisan yang menggunakan pakai kesemua aksara melainkan satu aksara tidak digunakan. kita akan sering bersua dengan kalimat " The quick brown fox jumped over the lazy dog". ia merupakan satu contoh pangram yang  menggunakan kesemua aksara melainkan aksara s. pangram atau ayat holoalphabetic merupakan ayat yang mengandungi kesemua huruf atau aksara tetapi menghilangkan sekurang-kurangnya satu aksara. pangram digunapakai untuk memaparkan typefaces, alat uji dalam mengembangkan kemahiran tulis tangan, kaligrafi dan penggunakan papan kekunci. 

demikian, dengan aksara kita boleh bermain kata.