17 Aug 2015

Kalam Berakar Tanah


Mengisahkan Majid Seorang Bekas Pemimpin Tentera Komunis. Cara Hidup Majid Dan Sejarah Hidupnya Menarik Minat Seorang Remaja Kampung Iaitu Jamil Yang Sedang Melanjutkan Pelajarannya Di Dalam Jurusan Perfileman. Keadaan Mula Meruncing Apabila Ketua Kampung Tok Mat Meninggal Dunia. Anak Tok Mat Iaitu Abu Yang Juga Ketua Pemuda Kampung Meminta Bantuan Beberapa Penduduk Kampung Untuk Membersihkan Tanah Wakaf Di Hujung Kampung Itu Namun Kedatangan Mereka Di Tentang Majid Sehingga Menyebabkan Pergaduhan. Demi Menghormati Jenazah, Jasad Tok Mat Di Semadikan Di Kampung Sebelah Dan Hal Ini Membuatkan Abu Berdendam Dengan Majid. Dalam Masa Yang Sama Hubungan Majid Dan Jamil Semakin Rapat. Pada Suatu Hari Ketika Jamil Sedang Merakamkan Wawancara Dengan Majid, Abu Datang Bersama Beberapa Orang Konconya Untuk Melunaskan Dendam Kepada Majid. Bagaimanakah Nasib Majid Dan Jamil Selepas Ini? Ikuti Kesudahan Drama Sempena Hari Kemerdekaan Berjudul KALAM BERAKAR TANAH Arahan Rohaizulfarridz Salleh Skrip Oleh Muzzamer & Mohd Rahhiemi Alias Pada 31 Ogos 2015 Nanti Jam 9.05 Malam Di TV1 RTM Terbitan Unit Drama TV

KALAM BERAKAR TANAH 
Arahan Rohaizulfarridz Salleh 
Skrip Oleh Muzzamer & Mohd Rahhiemi Alias 
31 Ogos 2015 
9.05 Malam 
 TV1 RTM 
Terbitan Unit Drama TV



Related Posts:

  • ratap akhir apa yang dapat dikatakan pemergian adalah pemergian walau si anak masih berharap ibunya bingkas  semuanya telah berakhir hanya rintih yang tak terdengar siapa begitu luka kita melihatnya selamatkan, hidupa… Read More
  • bermain katabermain  kata hanyalah hayat hayutan hidupan. jalan jujur jadikan janji. bukan buas buangkan batas rintih nangis rangkul mangsa. hidup hanya hasta hamparan. tiba tika tinggal tikungan apa yang terhidang dalam un… Read More
  • sahabat  sahabat akan selalu hadir dalam jengah masa atau lingkung ruang. ia menjadi manusia bererti dalam jajar hidup, yang semakin akrab mendaki erti dan makna hidup. yang selalu menunggu dengan sabar, kelewatan atau kekec… Read More
  • nasi kandar line clear hampir lima belas tahun aku tidak berada di sini, di penang road, line clear. apa lagi menikmati nasi kandar yang cukup terkenal. nasib baik ketika aku tiba, tidak begitu ramai pengunjung dan dapat duduk dengan selesa… Read More
  • Anugerah Buat JamalHajat Jamal selepas bergelar Datuk PENYANYi terkenal, Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali baru-baru ini dianugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun k… Read More

0 comments:

Post a Comment