12 Feb 2013

nasi kandar line clear



hampir lima belas tahun aku tidak berada di sini, di penang road, line clear. apa lagi menikmati nasi kandar yang cukup terkenal. nasib baik ketika aku tiba, tidak begitu ramai pengunjung dan dapat duduk dengan selesa untuk menjamu nasi kandar di line clear.

cukup enak dan menyelerakkan. sesudah makan nasi kadar diikuti dengan teh tarik. melihat jam sudah menunjukkan jam  lima petang. dan orang mulai berbaris panjang untuk menjamu selera. sesudah berjam-jam berkereta dan makan nasi kandar suatu yang meruntun kembali kenangan lama. tempat ini pernah aku kunjungi bersama teman-teman,  terutama pada waktu petang. banyak celoteh dan cerita dibuka di sini. apa lagi seorang demi seorang teman yang pernah menjadi pengunjung line clear terpantul dalam ingatan. ada yang masih dapat kuhubungi dan ada yang jauh menghilang entah ke mana.

penang road sudah banyak berubah, tidak lagi macam dulu-dulu. selepas kena nasi kandar, aku berjalan melintas chowrasta dan bertapak ke tingkat satu untuk ke satu lagi tempat kegemaranku dulu. agak lengang suasana petang itu, banyak kedai sudah ditutup mungkin kerana mereka nak merayakan sambutan tahub baru china malam nanti.


aku ke gerai buku-buku lama yang ada di bazar chowrasta. membelek buku-buku lama  dan di sini aku sering kunjungi dulu untuk mencari buku-buku lama. sudah puas membelek sana sini kubeli tiga buah buku. nak dikatakan lama tidaklah sangat, masih baru kelihatannya.
"RM85.00 encik," kata mamak penjual buku lama
"tak boleh kurang?"
"sudah kurang encik"
aku hanya senyum dan membayarnya. dialognya sama saja macam berpuluh tahun lalu.
tapi kalau perlukan buku, di sinilah destinasi yang memungkinkan apa yang  diperlukan ditemui.


hari semakin gelap. aku memandang keliling penang road. untuk menapak ke komtar sudah tak larat rasanya. ketika perjalanan ke hotel, si tukang beca sedang menyusun becanya di tepi jalan. kebetulan ketika melintas ada seorang tukang beca tua berbangsa china diwawancara oleh pemberita. aku hanya menatap sambil berlalu.

esoknya di tv1 cerita tukang beca itu keluar di kaca tv. ia mengisahkan bagaimana sambutan tahun baru si tukang beca hanya bersama teman-teman untuk makan malam menjelang tahun baru. close up wajah si tukang beca memantul warna-warna sepi yang panjang.


aku terdiam seketika sesudah segmen itu habis di tv.

malam tahun baru yang sepi. dan ketika turun dari hotel si tukang beca masih duduk menunggu penumpang. dia bukan yang muncul di tv tetapi yang pasti semalam menyambut tahun baru hanya di sini di tepi jalan bersama beca tua dan ditemani teman-teman

hidup sepi dalam usia tua. ah, semuanya meramas fikirku.





Related Posts:

  • koleksi barang antikTenang lihat koleksi barang antik Wartawan Sinar Harian 17 Ogos 2015 KAMPUNG BUKIT TOKBAT - Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya. Begitulah perumpamaan bagi menggambarkan minat seorang datuk 10 cucu, di sin… Read More
  • melihat yang jauh  melihat yang jauh saya terkesan dengan sudut pandang yang dikemukakan oleh hasrulhassan  berkaitan dengan kaedah menjadikan blog terkenal dan berpengunjung. tidak mudah untuk menjadikan blog terkenal dan dike… Read More
  • Lat Karya Lat diajar di universiti Tokyo MyMetro 2 Julai 2014 Tokyo : Novel grafik 'Kampung Boy' karya Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat dalam edisi bahasa Jepun akan dijadikan alat bantu mengajar bagi penuntut pengajian Asia Ten… Read More
  • Kalam Berakar Tanah Mengisahkan Majid Seorang Bekas Pemimpin Tentera Komunis. Cara Hidup Majid Dan Sejarah Hidupnya Menarik Minat Seorang Remaja Kampung Iaitu Jamil Yang Sedang Melanjutkan Pelajarannya Di Dalam Jurusan Perfileman. Keadaan Mula … Read More
  • silatMemodenkan silat warisan Melayu BERTUGAS sebagai polis bantuan di sebuah agensi swasta di Kuala Lumpur memerlukan Mohammad Farhan Mohamad Azlan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Kebiasaannya pemuda berusia 2… Read More

0 comments:

Post a Comment