30 May 2013

baha zain

baha zain merupakan sasterawan negara ke dua belas. sempurnalah segalanya apabila anugerah tertinggi negara dalam bidang sastera itu disampaikan secara rasmi kepada pemiliknya malam tadi oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. baha zain menerima hadiah wang tunai RM60,000.00 berserta watikah sasterawan negara ke- 12. serta kemudahan berkarya. pada usia 74 tahun baha zain berpeluang menikmati anugerah tertinggi negara yang dikhususkan kepada seniman yang berpayah dan menghamba diri dalam arus dan gelora sastera negara.


baha Zain, menghasilkan karya puisi menerusi antologi  Topeng-Topeng (2003), Dari Kertas Catatan Tengah Malam (DBP, 1978) dan Tiga Catatan Perjalanan (DBP, 1980). puisi-puisi beliau antaranya diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Russia dan Sepanyol. selain itu beliau pernah menerima Anugerah Penyair Gapena (1988), Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa daripada Persatuan Linguistik Malaysia (2004), Anugerah Budayawan Gapena (2008), dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada USM (2010), dan Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (2011). baha zain juga merupakan bekas timbalan ketua pengarah  dewan bahasa dan pustaka (DBP).

sekalung tahniah dan syabas di atas kejayaan yang diterima oleh penyair baha zain.

meskipun ada suara-suara penolakan terhadap anugerah ini kepada baha zain, ia barangkali adalah sudut pandang dan suara kebebasan dalam erti penyuaraan pendapat. baha zain melibatkan diri khusus dalam penulisan puisi dan esei kritikan sasstera. kehadiran baha zain dalam dunia puisi tanahair tidak dapat dinafikan. tidak semua alam puisi tanahair jika tidak diperkatakan puisi-puisi baha zain. puisi-puisi beliau menjadi rujukan dan kajian khusus dalam dunia perkembangan puisi tanahair sama ada di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi. baha zain memiliki seni puisi tersendiri dan dalam mencambahkan alam perkembangan puisi tanahair baha zain berjaya mengalirkan warna-warna puisi yang berbeza dengan penyair lain seperti muhammad haji salleh, latiff mohidin, a samad said dan sebagainya. puisi-puisi beliau terisi keintelektualan dan mencabar akal fikir manusia dalam bahasa yang menarik dan segar.

begitu juga dalam perkembangan dunia kritikan sastera negara, baha zain meletakkan dirinya sebagai tokoh pengkritik yang ternama. aliran pemikiran dan kritikan yang ditulis beliau mencambahkan ilmu dan medan khalayak manusia yang bergaul dengan dunia kritikan.

kepentingan baha zain adalah kehadiran beliau dalam meriuhkan tradisi sastera negara melalui pelbagai kegiatan sastera dan budaya tanahair. barangkali kehadiran ini tidak tertemukan oleh sesiapa atau tidak disedari secara langsungnya, malah anugerah sasterawan negara itu sendiri menyaksikan kejayaan dan keupayaannya mengangkat martabat sasterawan negara hasil dari usaha dan garapan beliau dan teman-teman. selain itu segala bentuk aktiviti sastera seperti seminar, hari sastera, dan lainnya banyak diupayakan oleh baha zain sebagai penggerak utama. beliau terlahir sebagai aktivis sastera dan menjanakan segala upayanya untuk melihat tradisi sastera tanahair sentiasa relevan dan berhasil.

antara kata-kata yang diungkapkan oleh baha zain ketika mengulas anugerah yang diterima baha menyebutt bahawa menulis bukan untuk anugerah tetapi untuk menyemarakkan dunia sastera.

rencah perjuangan sastera yang begitu panjang dilalui oleh baha zain akhirnya tersimpul dengan anugerah ini. ia bukan yang dicari beliau tetapi menghargai segala sumbangan dan bakti buat manusia yang berpuluh tahun bernafas dan bergerak demi kebangkitan sastera tanah air.

sebenarnya dunia sastera negara memerlukan lebih dari seorang baha zain. 




1 comment:

  1. Thanks for finally talking about > "baha zain" < Loved it!

    My web blog - state of indiana - -

    ReplyDelete