30 May 2013

bahasa

 kerana bahasa ......



timbalan menteri pendidikan, datuk mary yap kain ching tidak akan melayan kritikan dua buah pertubuhan cna yang mempersoalkan kekurangannya yang tidak fasih bertutur dalam bahasa mandarin.
katanya, pertubuhan terbabit berhak menyuarakan apa sahaja, namun tindakan tersebut tidak akan mengganggu tumpuan kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh perdana menteri, datuk seri najib tun razak kepadanya. biarlah mereka nak kata apa pun kerana itu adalah hak mereka dan saya fikir tidak perlulah lagi saya layan kerana sudah banyak kali saya menjawab isu tersebut.
lagipun, mereka juga tidak adil kepada saya kerana tidak memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan," katanya menurut laporan utusan online

‘‘saya bukan timbalan menteri pendidikan untuk sekolah cina sahaja tetapi semua aliran sekolah yang ada di negara ini," katanya.

pertubuhan cina yang ekstrem, hua zhong dan dong zong mendakwa kekurangan mary yap yang tidak memahami bahasa Mandarin dengan baik memungkinkan pendidikan cina di negara ini tidak dipedulikan.
mary yap menegaskan, meskipun beliau tidak fasih berbahasa mandarin, kekurangan itu bukan penghalang untuknya memahami sistem pendidikan cina.

tiba-tiba masalah bahasa menjadi medan kritik dan penolakan.  pandangan datuk mary yap bahawa beliau mempunyai tugas besar  untuk pembangunan pendidikan negara ini, bukan hanya memerhati masalah pendidikan cina semata-mata, adalah pandangan yang  menggambarkan keterbukaan dan kesungguhan melakasanakn tugas. sudah sampai ketika, perkara yang menjadi halangan kecil dikesampingkan. yang penting adalah melihat secara menyeluruh perkembangan pendidikan negara dari segenap sudut  bukan hanya mewakili kelompok etnik tertentu semata-mata. kita mencari keterbukaan dan sekiranya datuk mary yap menyuarakan keterbukaannya bahawa beliau bukan hanya perlu memerhati pendidikan cina sahaja menunjukkan bahawa sudah sampai masanya kita bekerja melampau batas etnik dan budaya. perkembangan pendidikan untuk semua rakyat malaysia lebih utama.

bahasa hanya medium yang tercipta untuk manusia.berkomunikasi tetapi kesungguhan, keterbukaan dan keperihatinan terhadap permasalahan terutama pendidikan negara memerlukan manusia yang memiliki kesungguhan dan ketelitian. kita mahu mereka yang berkebolehan dan memberi sumbangan terbaik untuk negara

Related Posts:

  • bawakan mimpimu   Permulaan perjalanan adalah dengan langkah pertama. bertatih dan bergerak tanpa henti. jalan di hadapan yang akan dilalui dengan bagaimana dengan apa situasi hingga tiba destinasi. bawakan semuanya yang bergumpal … Read More
  • rindu bendang sawah luas terbentang, rindu bendang memanjang berkalih masa, dan semuanya sudah banyak berada di belakang. kehidupan adalah memacu ke hadapan dalam lanskap yang masih rahsia dan tak pasti. tahun-tahun yang pergi kembali … Read More
  • Memperkasa Bahasa Melayu Kerajaan janji perkasa bahasa Melayu 12 November 2014 MUHYIDDIN YASSIN bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di Australia dalam majlis makan malam di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia, malam tadi. Beliau tiba di Can… Read More
  • lama pergi Kehidupan adalah jaringan yang kadangkala begitu erat membelit. ada waktu kita bebas dan tak terbeban oleh apa-apa. jadilah ia biasa dan tak ada apa-apa. seperti jalan sunyi yang tak berpenghuni. ada kalanya ia begitu membe… Read More
  • kesantunan kata Hadirnya bahasa adalah untuk menjadi alat komunikasi yang ampuh. alat yang dapat menghubungkan antara sumber dan penerima yang kemudiannya ditransformasi kepada makna dari segenap kata yang terpancar. bahasa menjadi milik… Read More

0 comments:

Post a Comment