apakah kesemua itu telah membina tradisi membaca yang baru?. masyrakat sudah kembali kepada pembacaan dalam zaman informasi adalah segalanya pada hari ini. namun begitu kit harus kembali kepada keperluan dan kepentingan membaca itu sendiri. ramai beranggapan bahawa sesudah mereka mengenal huruf, boleh memahami kalimat dan ungkapan dengan sempurna. sudah boleh menggunakan bahasa sebagai medium komunikasi sama ada dalam bentuk konvensional atau media baru, merupakan penamat kepada segala usaha meraih kemahiran membaca. ada yang beranggapan bahawa keterempilan membaca sebenarnya perlu dibangunkan dan dikukuhkan dengan keupayaan masyarakat menggunakan segala keindahan bahasa yang terungkap dalam sesuatu bahasa sebagai bahan komunikasi ke tahap maksiumum. membaca adalah tradisi yang dapat membina percambahan ilmu, pemikiran, sudut pandangan yang lebih terbuka. membaca sumber informasi menjadikan seseorang berupaya meredah kekayaan laut ilmu. teratas daripada sumber bacaan ini adalah karya-karya yang menjadi nadi dan identiti bangsa walau dalam apapun bentuk bahasanya iatu karya sastera.
mengapa pula karya sastera harus menjadi bahan pilihan dalam timbunan ilmu yang berselerak untuk dibaca? apakah keistimewaan karya sastera berbanding dengan bahan ilmu lain seperti sejarah, geografi, perubatan dan sebagainya. dalam melentur minat dan tradisi membaca seharusnya bermula dengan karya-karya yang dapat melahirkan segala rupa kepuasan terhadap pembaca dari unsur hiburan, keindahan, kepuasan, keseronokan dan nilai keilmuannya. motif utama dalam menyarankan karya sastera adalah sumber bacaan yang benar-benar dapat mencermin kekukuhan bahasa, ketinggian budaya, jati diri dan mengandungi elemen hiburan dan kepuasan yang banyak. sebuah karya yang mengandungi keterampilan informasi dan sekali gus menonjolkan ketinggian ilmu bahasa untuk dihayati pembaca. aspek sumber bacaan tidak perlu didebatkan lagi kerana ramai sudah menerima bahawa sama ada buku secara konvensional atau dalam naskah elektronik, laman sosial dan sebagainya asalkan ia melambakkan sumber bacaan yang diperlukan iaitu karya sastera. ia harus mudah diterima oleh khalayak dan dapat cepat diakses.
penyebaran karya sastera juga tidak harus terbatas dalam naskah cetak dan buku-buku. sebenarnya naskah cetak atau buku-buku merupakan wahana kedua sesudah tradisi lisan dalam penyebaran karya sastera. lama dulu sastera tradisional dikembangkan secara lisan dan mempunyai khayalak yang begitu luas. pembaharuan dalam aspek percetakan pula memberi nafas baru dalam penyebaran karya sastera melalui buku dan percetakan. zaman berubah memasuki dunia elektronik, laman sosial, dan interaksi yang bersumberkan internet.maka karya sastera juga harus selari dengan perubahan ini iaitu muncul dalam bentuk elektornik atau dunia maya yang lebih mudah dicapai khalayak. malah khayalak maya ini jauh lebih luas tanpa batas negara dan sempadan budaya. peluang untuk sesebuah karya sastera itu berkembang dan dinikmati sudah tersedia cukup luas. sudah tiba waktunya penulis tidak lagi tertambat dengan naskah buku atau majalah untuk menerbitkan karya sastera tetapi beralih kepada bentuk yang lebih berdaya saing melalui twitter, facebook, g plus dan sebagainya. terdapat kini lagu-lagu dipasarkan secara dalam talian dan diterima khayalak. karya sastera pula kalau dipasarkan dalam bentuk yang lebih terbuka sudah pasti akan dapat diterima khalayak. sudah terdapat bloggers atau facebookers yang menghasilkan karya sastera dalam bentuk sedemikian. pembaharuan ini penting untuk menjamin bahawa khalayak sastera sentiasa ada di mna-mana.
jika medium penyebaran sastera sudah dapat diperkasakan dalam bentuk media baru dan mudah menemui pembacanya, kepentingan sastera dalam membina tradisi membaca mungkin menjadi lebih ampuh dan berkesan. tradisinya adalah untuk memeriahkan khayalak yang kembali kepada kelunakan membaca. khayalak kembali kepada karya sastera sebgai bahan yang istimewa dalam pengukuhan tradisi ini. karya sastera mempunyai kepentingannya yang tersendiri sejak dari zaman kelisanan, tulisan, dan terbaru elektronik.
tidak dapat tidak, sastera juga berfungsi sebagai elemen utama mendidik dan membimbing manusia. unsur budaya, keindahan seni, corak sosial, kemasyarakatan, sejarah, dan moral manusia terbina dalam karya sastera. ia dikaitkan dengan aspek kehidupan dan jalan-jalan membina kemuliaan pekerti, ketinggian moral dan sebagainya. sastera adalah cermin kehidupan. karya sastera membina refleksi untuk kita lebih memahami kehidupan dan menghargai kehidupan dan kemanusiaan.
karya sastera harus memainkn peranan dalam menyuburkan tradisi membaca dan menjadi teladan dan sempadan manusia dalam bentuk yang lebih dinamik dan mudah dicapai khayalak. semoga kita akan dapat menemukan yang terindah dan terbaik darinya.
0 comments:
Post a Comment