26 Jan 2013

padang menanti


padang menanti

tak ada perbualan
hanya antara aku dan elus angin
baris-baris awan yang belayar meninggalkan
merentas dari jauh benua untuk pergi entah ke mana
di tengah padang menanti
bayang-bayang jatuh 
bahawa kau ada

sebenarnya tak ada kekosongan
terisi oleh garis-garis dan warna
langit seringkali bercerita
membawa wajah awan membawa desir angin
padang menanti
untuk merebut hanya secubit masa
dan akan pergi lagi
entah di padang mana lagi
menjadi tetamu waku

tak ada kekosongan
hanya kita banyak menanti
sebelum pergi



Related Posts:

  • menyeberang padang menyeberang padang beralih ke titik baru ke ruang baru jauh menyeberang padang bukan mudah untuk berada  dalam suasana baru hidup baru kau akan menemui wajah lain sudut berbeza jauh dari titik lama kau a… Read More
  • bukan airmata bukan airmata (buat yang tinggal)apa lagi yang tertanamdalam lusuh rasa pahit yang tiba membingkai debarapa lagi keredupan yang singgahdan menjamah sisa masa ketika tak terjawab segenap yang tertanyahanya… Read More
  • jalan hadapan sedarlah jalan hadapan tak pernah membawamu kembali ke masa lalu di jalan hadapan kita mencari masa yang jauh … Read More
  • Mereka Tak Pernah Mengerti mereka tak pernah mengerti siapa yang mahu mengerti sebuah kesakitan yang tak tertulis atau derita yang tak terkhabar oleh berita pagi  ia hanya tinggal luka dan perih pada si pemilik kawan di mana-mana … Read More
  • tenteram berlabuh tenteram berlabuh bawakan tenteram berlabuh antara pohon dan tenang air bahawa di situ akan selalu ada garis-garis sabar berkaca di wajah tak pernah ada kepayahan tak sempat kautamatkan kerana kita selalu berada dalam du… Read More

0 comments:

Post a Comment