lorong kecil
lorong yang sama kita berbagi saban hari
sama ada kau yang pulang atau aku yang pergi
melintas baris-baris masa, meredah apung zaman
meski tak bersapa aku tahu kau akan di situ
dan kau pun sedar aku pula yang berlalu
lorong ini menjadi lebih akrab
dari sesiapapun teman terdekat
ketika hujan melebat lorong hanya berwajah putih
dan kita amat perlahan melalui
atau sesekala terjebak dalam sesak lalulintas
berhenti dan menanti semuanya berderet pergi
terkadang lahir amarah dalam kelopak rasa
masa terambil hanya kerana lorong kecil ini
tapi kita tak pernah bertanya
apakah semua ini pintanya
atau sengaja ia berbuat begitu
sedang ia tak pernah pergi atau mengelak
ketika kita melangkah di atas aspalnya
tak pernah dalam hati kita berbisik lembut
terima kasih lorong kecil
kerana kau ada aku bisa pergi dan pulang
mencari gerak hidup memunggah hasil nasib
dan kau tak pernah meminta apa-apa
selain setia berbakti
hanya kita yang saling bertemu tanpa sapa
tak pernah sekejap berhenti dan bertanya
bertukar nama atau bertanya khabar
di lorong yang selalu menemukan
malah pada ketika-ketikanya
kita persis bermusuhan
kerana terlambat oleh sesak laluan
barangkali kita yang tak pernah mengerti
dan tak pernah peduli
segenap yang memberi dan berbakti
kerana kita terlalu riuh mencari untuk diri
tak terfikir, sedikit memberi
lorong kecil
Related Posts:
Mereka Tak Pernah Mengerti mereka tak pernah mengerti siapa yang mahu mengerti sebuah kesakitan yang tak tertulis atau derita yang tak terkhabar oleh berita pagi ia hanya tinggal luka dan perih pada si pemilik kawan di mana-mana … Read More
tenteram berlabuh tenteram berlabuh bawakan tenteram berlabuh antara pohon dan tenang air bahawa di situ akan selalu ada garis-garis sabar berkaca di wajah tak pernah ada kepayahan tak sempat kautamatkan kerana kita selalu berada dalam du… Read More
jalan hadapan sedarlah jalan hadapan tak pernah membawamu kembali ke masa lalu di jalan hadapan kita mencari masa yang jauh … Read More
bukan airmata bukan airmata (buat yang tinggal)apa lagi yang tertanamdalam lusuh rasa pahit yang tiba membingkai debarapa lagi keredupan yang singgahdan menjamah sisa masa ketika tak terjawab segenap yang tertanyahanya… Read More
menyeberang padang menyeberang padang beralih ke titik baru ke ruang baru jauh menyeberang padang bukan mudah untuk berada dalam suasana baru hidup baru kau akan menemui wajah lain sudut berbeza jauh dari titik lama kau a… Read More
0 comments:
Post a Comment