18 Jan 2013

dunia buku

 dunia buku malaysia

institut terjemahan dan buku malaysia atau singkatannya ITBM (sebelum ini dikenali sebagai institut terjemahan negara malaysia) ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 14 September 1993 untuk menyediakan prasarana bagi mewujudkan industri terjemahan di Malaysia, selaras dengan haluan negara menuju wawasan 2020.

sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, modal asas ITBM dimiliki sepenuhnya oleh menteri kewangan diperbadankan (MKD) manakala pentadbirannya diselia oleh kementerian pelajaran malaysia (KPM). ITBM ditubuhkan bertujuan untuk mengangkat industri terjemahan dalam negara, mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu pada semua peringkat, kebangsaan mahupun antarabangsa. ITBM juga bertanggungjawab memperkasa dan memperbanyak penerbitan karya asli penulis tempatan bagi merancakkan industri perbukuan negara.

sebagai mendukung apa yang dilakukan oleh ITBM di sini dikemukakan beberapa senarai buku terbaru yang boleh diperolehi secara langsung menerusi laman  e-beli belah ITBM.


Terdampar
The Shipwreck

Jrn Riel, Helen Cann dan John Mason
RM 25.00 / RM 30.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 9789674300210
Tahun terbit: 2013
Jumlah muka surat: 113








 buku ini merupakan karya terjemahan dari  the shipwreck karya jrn riel, helen cann dan john mason. ia menceritakan tentang leiv  steinursson, anak muda viking meninggalkan kampung halamannya untuk membalas dendam atas pembunuhan ayahnya. namun, dia terdampar di pesisir pantai setelah perahunya ranap dihimpit bongkah ais. cia hampir mati kesejukan sebelum diselamatkan oleh dua kanak-kanak inuit bersaudara. apuluk dan narua sedar yang mereka tidak boleh membawa leiv pulang bersama. pawang suku kaum mereka percaya bahawa orang asing adalah roh jahat. mereka perlu menggunakan kebijaksanaan untuk membantu leiv.sepanjang pengembaraan mereka, leiv beransur-ansur  mempelajari cara hidup yang mengamalkan sikap toleransi, mementingkan nilai persahabatan dan menghargai alam semula jadi selain perang.

buku ini boleh didapati secara terus dari itbm




Karya Agung Mathnawi Jalaluddin Rumi - Jilid 1

Mohd Ajmal Abdul Razak Aidrus
RM 660.00 / RM 675.00 (Sabah & Sarawak)
Harga Jilid 1 - 6  RM3500.00
ISBN: 97898306896073
Tahun terbit: 2012








dalam kategori karya agung, diperkenalkan  buku karya agung mathnawi jalaludin rumi jilid 1. sebenarnya buku ini mengandungi  enam jilid iaitu karya agung mathnawi jalaludin rumi jilid 1 hingga jilid 6. setiap jilid buku ini dijual berasingan. buku ini telah diterjemahkan oleh dr. sayyid mohamed ajmal abdul razak aidrus ke dalam bahasa melayu.

jalaludin muhammad rumi, merupakan seorang penyair islam parsi tersohor pada abad ke-13. jalaludin juga merupakan  seorang ahli teologi, ahli hadis dan al-Quran, serta pemimpin sufi. buku mathnawi ini mengandungi kesemua puisi yang dihasilkan oleh jalaludin muhammad rumi. rangkuman puisi yang sarat dengan mesej hakikat yang tersurat dan tersurat terutama berkaitan dengan hubungan manusia dan ketuhanan.

 buku ini adalah rakaman puisi yang  bersumberkan al-Quran, cerita rakyat, lelucon dan pengalaman estetik pengarang. setiap pengisahan menggambarkan perkara penting, dan pengertian moralnya dibincangkan secara terperinci dengan penekanan khusus kepada pentafsiran kejiwaan atau kesufian.  

mathnawi turut menggambarkan usaha bertaakul dan berperhitungan untuk menjelaskan pelbagai dimensi kehidupan dan amalan spiritual. mathnawi adalah sebuah karya besar islam dan patut dimiliki semua untuk dihayati makna kehidupan dan kewujudan yang terkandung di dalamnya.

buku ini boleh didapati terus dari ITBM

selamat membaca.









0 comments:

Post a Comment