20 Jan 2013

jalur pagi



jalur pagi

di celah jalur pagi aku melihat kamu
berbungkus kabus dan ulit masa yang lembut
sebelum panas tiba atau sebelum terik cahaya jelma
semuanya begitu diam berbalut rahsia

alam menjadi bening
suara yang didiamkan
menunggu keriuhan baru
kicau burung dan hembus angin
tertanda sebuah kehilangan semalam
dan kehadiran hari ini
bersalam bersama pagi

begitu waktu memilih
hamparan hidup yang jauh
perlahan dan bangkit dari hujung-hujung rumput
bernyanyi dan menari bersama burung terbang dan layar angin

jalur pagi
hidup bermula dari hening yang singkat
sebelum bertaut pada kelopaksenja yang berat
alam sedang bersabda
hanya kita melekakan warna-warna


Related Posts:

  • padang menanti padang menanti tak ada perbualan hanya antara aku dan elus angin baris-baris awan yang belayar meninggalkan merentas dari jauh benua untuk pergi entah ke mana di tengah padang menanti bayang-bayang jatuh  b… Read More
  • Mereka Tak Pernah Mengerti mereka tak pernah mengerti siapa yang mahu mengerti sebuah kesakitan yang tak tertulis atau derita yang tak terkhabar oleh berita pagi  ia hanya tinggal luka dan perih pada si pemilik kawan di mana-mana … Read More
  • tenteram berlabuh tenteram berlabuh bawakan tenteram berlabuh antara pohon dan tenang air bahawa di situ akan selalu ada garis-garis sabar berkaca di wajah tak pernah ada kepayahan tak sempat kautamatkan kerana kita selalu berada dalam du… Read More
  • menyeberang padang menyeberang padang beralih ke titik baru ke ruang baru jauh menyeberang padang bukan mudah untuk berada  dalam suasana baru hidup baru kau akan menemui wajah lain sudut berbeza jauh dari titik lama kau a… Read More
  • bukan airmata bukan airmata (buat yang tinggal)apa lagi yang tertanamdalam lusuh rasa pahit yang tiba membingkai debarapa lagi keredupan yang singgahdan menjamah sisa masa ketika tak terjawab segenap yang tertanyahanya… Read More

0 comments:

Post a Comment