23 Jan 2013

gores bagai lukisan


pernah barangkali kita bersua dengan citra sebegitu indah terbentang di puncak langit. warna-warna yang bergaris merentang pandang. tebaran yang jarang tertemukan dalam putar harian hidup. warna-warna yang bergabung antara gelap dan terang, antara kuning dan merah, antara biru langit dan gelap lautan. ia bergores di depan kita, bagai lukisan.

dalam pantun melayu kerap kita temukan lakaran alam yang memberitahu tentang masa, hidup, harapan, peringatan, ketuhanan, dan kepasrahan. pantun akan selalu mengambil alam menjadi lakar citranya. hubungan alam dan manusia sebagai gores-gores peringatan yang cukup berkesan. semuanya memberi citra yang merentap jantung dan jiwa manusia. kerana itu pantun begitu halus dan tersusun dalam memberi ingat dan khabar. kehalusan dalam pantun persis gores-gores kecil yang ditatap di batas langit, indah dan begitu mengingatkan.

bintang tujuh sinar berseri
bulan purnama datang menerpa
ajaran guru hendak dicari
mana yang dapat janganlah lupa



alam menjadi pengikat makna dalam pantun. sumber alam adalah rujukan falsafah dan harapan pengarang untuk menjelaskan apa yang berbekam dalam fikirnya. kehalusan terjaga oleh susun kata yang indah dan menarik. makna yang memberi ingat dilembutkan oleh jaring bahasa yang melunakkan. kerana itu dalam pantun tak terasa sindir kerana sindir telah dibenamkan oleh halus bahasanya. dan pantun tak sesekali memberi aib dan malu terhadap pendengarnya. ia memberi ingat dengan santun dan tersusun.

apa guna pasang pelita
jika tidak dengan sumbunya
apa guna bermain kata
kalau tidak dengan sungguhnya


suatu yang begitu sukar diperkatakan secara lisan melalui tutur biasa akan dikias ibarat secara halus dalam pantun. apa yang menjadi cerminan adalah halus makna yang sampai kepada pendengar dapat diterima dalam rasa muhibah, persaudaraan, dan saling mengingatkan.

pantun berdiri bagai gores-gores kecil yang mencoret makna mendalam
tetapi melalui masa kita tidak lagi begitu berharap dari pantun
dan kita sering pula terpengaruh dengan pengaruh kemanusiaan, keadilan, dan kebebasan.
semua yang kita anggap lebih adil dan memberi hak
sedang semakin berterus terang manusia, semakin menjadi keliru dan kacau dalam atur fikir
dan kita merasakan pantun sudah terpisah dari relevensinya lagi

keluar dari lingkungan dan garis-garis yang bergores indah
kita memasuki perdu pembaharuan yang membawa kita tanpa arah

kita memilih untuk tidak menghargai apa milik kita

bacalah alam dan goresnya
alam terkembang jadikan guru

kita tak akan terkebelakang dan kolot
kerana inilah warna-warna alam kita yang terbentang sekian lama


Related Posts:

  • Bajet 2014TEKS ucapan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Rang Undang-undang Perbekalan (2014) di Dewan Rakyat, Jumaat, 25 Oktober 2013. TUAN Yang Dipertua, saya … Read More
  • tiba ogos Telah tiba ogos. Ogos dan ramadan yang bergandingan. Tiada lain dari terdampar di laman fikir dan bayang tatap adalah ketibaan ogos bermakna tibanya detik gemilang negara - kemerdekaan negara. Tidak siapa menafikan d… Read More
  • keanehan socotrasocotra adalah sebuah pulau yang berada di yaman. pulau ini memiliki keunikan dan keanehan yang luar biasa. keanehan socotra adalah lanskap pulau ini. pohon-pohon yang tumbuhmemiliki bentuk-bentuk yang aneh dan merupakan tu… Read More
  • israk mikraj Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat s… Read More
  • GST  Q&A GST KUALA LUMPUR: Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015. Katanya, GST merupakan sa… Read More

1 comment:

  1. jom join dan memeriahkan segmen ni

    http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/01/segmen-who-is-lucky-one-by-hanna-kk.html

    ReplyDelete