7 Mar 2013

bukan airmata

 bukan airmata (buat yang tinggal)

apa lagi yang tertanam
dalam lusuh rasa 
pahit yang tiba membingkai debar
apa lagi keredupan yang singgah
dan menjamah sisa masa 
ketika 
tak terjawab segenap yang tertanya
hanya semua menjadi amat tiada
dan tak lagi meninggalkan suara
bukan airmata 
kerana airmata sudah tak bisa bercerita
tentang kelusuhan hati dan kepayahan kalbu
hidup tiba-tiba terbenam dalam pintal gentar
gundah yang berlari menyesak nafas merentap harap
bukan airmata
kerana airmata sudah tak bisa membasuh
cerita semalam yang berhenti dan jantung tak lagi berlari
bukan airmata
kerana airmata sudah tak bisa
mengalir lagi

tak siapa menolak kepergian
tetapi dalam ragut masa
terasa amat ngilu 
dan pantasnya kekosongan

bukan airmata
inilah detik meminta kekuatan
berakar dari jantung dari kelopak hati
telah tertulis begitu
airmata ini akan mengalir
dan kau tak bisa menyapunya lagi

alfatihah buat pejuang yang gugur
demi mempertahankan pertiwi

0 comments:

Post a Comment