7 Mar 2013

bawakan mimpimu


Permulaan perjalanan adalah dengan langkah pertama. bertatih dan bergerak tanpa henti. jalan di hadapan yang akan dilalui dengan bagaimana dengan apa situasi hingga tiba destinasi.

bawakan semuanya yang bergumpal dalam bingkai harap. bawalah mimpimu berlari kerana di situ kau akan temui segenap yang termimpi.

dan ada ketikanya, kita temui semangat dalam pelbagai bentuk dan warna. barangkali dari sepotong kata-kata hingga pada citra dan imej yang berputar di depan kita.

jadikan pedoman dan sempadan dalam melangkah. bawa mimpimu
kerana yang berani dan tabah akan menemui puncaknya.





kekentalan harus ada. harus berladung dalam jiwa dan tidak gentar untuk bergerak jauh
jika kau bermimpi, biarlah sampai ke bintang. carilah mimpi-mimpi itu
cantumkan jadi episod terbaik buat dirimu




bawakan mimpimu
usah leka mengadu
kau tak akan tiba
meski sejengkal cuma
jarak dirimu dan jaya




Related Posts:

  • Memperkasa Bahasa Melayu Kerajaan janji perkasa bahasa Melayu 12 November 2014 MUHYIDDIN YASSIN bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di Australia dalam majlis makan malam di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia, malam tadi. Beliau tiba di Can… Read More
  • rindu bendang sawah luas terbentang, rindu bendang memanjang berkalih masa, dan semuanya sudah banyak berada di belakang. kehidupan adalah memacu ke hadapan dalam lanskap yang masih rahsia dan tak pasti. tahun-tahun yang pergi kembali … Read More
  • Hebatnya Bahasaku SEMINAR BAHASA KEBANGSAAN Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat, Pejabat Pendidikan Daerah Jasin 2014  pada 6 November 2014 HEBATNYA BAHASAKU oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim Universiti Mal… Read More
  • kesantunan kata Hadirnya bahasa adalah untuk menjadi alat komunikasi yang ampuh. alat yang dapat menghubungkan antara sumber dan penerima yang kemudiannya ditransformasi kepada makna dari segenap kata yang terpancar. bahasa menjadi milik… Read More
  • Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim Wanita Cemerlang BH: Idola bidang linguistik Oleh Shaidah Shafie Cetak Emel Kawan 14 Januari 2013 Minat Nik Safiah dalam bidang bahasa dan sastera tidak pernah padam Minat dan sumbangan penerima Anugerah Cemerlang Tan … Read More

0 comments:

Post a Comment