2 Feb 2013

malala yang berani


Malala Yousufzai

seorang remaja malala yousufzai yang berasal dari pakistan dicalonkan sebagai penerima anugerah nobel keamanan 2013. malala berhadapan dengan maut setelah ditembak oleh kumpulan taliban kerana usaha gigihnya mahu memperkenalkan pendidikan kepada kaum wanita di daerahnya, lembah swat, pakistan. 

keberanian, kecekalan, dan kegigihan malala menjadi tumpuan mata dunia. malala berhadapan dengan tindakan puak-puak taliban yang mengarahkan sekolah ditutup. bagi kita barangkali aneh mengapa seorang gadis yang mahukan sebuah sekolah dibuka ditembak tetapi bagi penduduk di daerah khyber pakhtunkhwa
ia adalah  cara hidup mereka, tanpa pendidikan buat wanita.

malala gadis periang berumur 15 tahun ini bercita-cita mahu menjadi doktor tetapi akhirnya bersetuju dengan harapan ayahnya agar malala terlibat dalam politik. kisah malala bermula pada tahun 2009 apabila  fazlullah atau dikenali sebagai radio mullah menjadi pemimpin di lembah swat. beliau memerintahkan agar semua sekolah perempuan ditutup termasuk sekolah malala. malala tidak mengaku kalah sebaliknya menulis blog dan melancarkan kempen agar wanita diberikan pendidikan. tindakannya mengundang padah, ancaman bunuh dikeluarkan oleh  puak taliban. malala tidak mengaku kalah malah meneruskan usahanya. taliban bertindak balas dengan mengeluarkan ancaman bunuh dan disebarkan dari rumah ke rumah.

hinggalah pada 9 oktober 2012  malala diserang ketika beliau bersama dengan dua rakan yang lain dalam sebuah bas menuju kesekolah. malala cedera parah dan seminggu kemudian diterbangkan ke london untuk rawatan. malala sekarang sedang berhadapan dengan pembedahan akhir untuk memasukkan plat titanium bagi menutup lubang  bekas tembakan di kepalanya. malala menjadi ikon dunia dan mula dikenali sebagai gadis berhati waja dan berani

kini malala dicalonkan sebagai penerima anugerah nobel keamanan 2013. pencalonan akan ditutup pada jumaat ini.

apapun malala memiliki keberanian yang tak terbandingkan.


.







Related Posts:

  • tiba ogos Telah tiba ogos. Ogos dan ramadan yang bergandingan. Tiada lain dari terdampar di laman fikir dan bayang tatap adalah ketibaan ogos bermakna tibanya detik gemilang negara - kemerdekaan negara. Tidak siapa menafikan d… Read More
  • israk mikraj Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat s… Read More
  • Bajet 2014TEKS ucapan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Rang Undang-undang Perbekalan (2014) di Dewan Rakyat, Jumaat, 25 Oktober 2013. TUAN Yang Dipertua, saya … Read More
  • GST  Q&A GST KUALA LUMPUR: Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015. Katanya, GST merupakan sa… Read More
  • nyanyi alam alam bersaksi dengan nyanyi memberitahu dan bercerita tataplah berkali-kali di situ temui makna … Read More

3 comments:

  1. Cantik, masih muda dan berani! Semoga langkahnya diikut para wanita disana sehingga perjuangannya berhasil! Semoga segera sembuh! Amin!

    ReplyDelete
  2. WOW..TABIK DGN KEBERANIAN BELIAU

    ReplyDelete
  3. brave!!
    hebat nya.
    ~~ sangat susah untuk kita menjadi berani kan ~~~

    ReplyDelete