Malala Yousufzai
seorang remaja malala yousufzai yang berasal dari pakistan dicalonkan sebagai penerima anugerah nobel keamanan 2013. malala berhadapan dengan maut setelah ditembak oleh kumpulan taliban kerana usaha gigihnya mahu memperkenalkan pendidikan kepada kaum wanita di daerahnya, lembah swat, pakistan.
keberanian, kecekalan, dan kegigihan malala menjadi tumpuan mata dunia. malala berhadapan dengan tindakan puak-puak taliban yang mengarahkan sekolah ditutup. bagi kita barangkali aneh mengapa seorang gadis yang mahukan sebuah sekolah dibuka ditembak tetapi bagi penduduk di daerah khyber pakhtunkhwa
ia adalah cara hidup mereka, tanpa pendidikan buat wanita.
malala gadis periang berumur 15 tahun ini bercita-cita mahu menjadi doktor tetapi akhirnya bersetuju dengan harapan ayahnya agar malala terlibat dalam politik. kisah malala bermula pada tahun 2009 apabila fazlullah atau dikenali sebagai radio mullah menjadi pemimpin di lembah swat. beliau memerintahkan agar semua sekolah perempuan ditutup termasuk sekolah malala. malala tidak mengaku kalah sebaliknya menulis blog dan melancarkan kempen agar wanita diberikan pendidikan. tindakannya mengundang padah, ancaman bunuh dikeluarkan oleh puak taliban. malala tidak mengaku kalah malah meneruskan usahanya. taliban bertindak balas dengan mengeluarkan ancaman bunuh dan disebarkan dari rumah ke rumah.
hinggalah pada 9 oktober 2012 malala diserang ketika beliau bersama dengan dua rakan yang lain dalam sebuah bas menuju kesekolah. malala cedera parah dan seminggu kemudian diterbangkan ke london untuk rawatan. malala sekarang sedang berhadapan dengan pembedahan akhir untuk memasukkan plat titanium bagi menutup lubang bekas tembakan di kepalanya. malala menjadi ikon dunia dan mula dikenali sebagai gadis berhati waja dan berani
kini malala dicalonkan sebagai penerima anugerah nobel keamanan 2013. pencalonan akan ditutup pada jumaat ini.
apapun malala memiliki keberanian yang tak terbandingkan.
.
Cantik, masih muda dan berani! Semoga langkahnya diikut para wanita disana sehingga perjuangannya berhasil! Semoga segera sembuh! Amin!
ReplyDeleteWOW..TABIK DGN KEBERANIAN BELIAU
ReplyDeletebrave!!
ReplyDeletehebat nya.
~~ sangat susah untuk kita menjadi berani kan ~~~