2 Jan 2013

hujan belum berhenti



hujan turun lagi, meski beberapa hari lalu mangsa banjir yang dipindahkan telah pulang ke rumah. kalau hujan berterusan, mungkin mereka yang tinggal di kawasan rendah akan berpindah lagi. sekolah pun telah dibuka semula, dan perjalanan waktu pagi ke sekolah agak terganggu akibat hujan. anak-anak terpaksa meredah hujan untuk sampai ke sekolah. sama juga ibubapa yang terasa bimbang akan keselamatan anak-anak. pastnya sekolah telah mengambil langkah keselamatan ketika musim hujan begini.

masih teringat pada tahun-tahun persekolahan dan hujan begini. saya terpaksa mengayuh basikal sejauh tiga batu ke sekolah. memakai baju hujan tidak menjamin seragam tidak basah, apa lagi kasut sekolah dan buku-buku. ayah menyediakan plastik besar untuk dimasukkan beg sekolah, kasut, dan stokin.
"sampai di sekolah baru buka. pakai selipar dulu. tukar di sekolah", pesan ayah berkali-kali. aku hanya diam memandang. terasa jugak janggal memakai selipar jepun ke sekolah sedang kawan-kawan memakai kasut bila masuk kawasan sekolah.
"tak apa. cakap dengan cikgu pakai selipar sebab naik basikal", pesan ayah lagi.
aku diam dan memulakan kayuhan ke sekolah. melalui jalan licin dan takungan air amat mengerikan kerana silap-silap boleh jatuh. pernah aku terjatuh ke dalam becak air waktu pulang sekolah. semua pakaian bertukar menjadi warna susu.

begitu kenangan ketika hujan waktu kecil dulu. apa yang melekat dalam sanubariku adalah ketegasan ayah. kalau tak kerana ketegasan aku akan memakai kasut dan berkayuh kerana malu dan takut memakai selipar. ayah memberitahuku cara. tak semuanya mesti diikuti kalau membahayakan dan boleh memberi kerugian. peraturan memang perlu dipatuhi tetapi dalam beberapa perkara ia perlu diubah suai, bukan untuk melanggar tetapi menjadikan semua lebih fleksibel dan bermanfaat.

hingga pada suatu pagi aku melihat kawan aku menanggalkan kasut dalam bilik darjah. kasut dan stokinnya habis basah. dia melalui jalan becak dan berlumput. dia kesejukan dalam bilik darjah. dan atas nasihat ayah setidak-tidaknya aku tidak kesejukan begitu.

hujan belum berhenti. tapi ayah sudah lama pergi. alfatihah.

Related Posts:

  • Guru dan Standard GlobalGuru berperanan lahir pelajar capai standard global  Oleh Mary Yap Kain Ching  13 Ogos 2015 PENDIDIKAN adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan komprehensif dan mantap sejajar d… Read More
  • hujan belum berhenti hujan turun lagi, meski beberapa hari lalu mangsa banjir yang dipindahkan telah pulang ke rumah. kalau hujan berterusan, mungkin mereka yang tinggal di kawasan rendah akan berpindah lagi. sekolah pun telah dibuka semula, … Read More
  • kanang sang pahlawan  kanang telah menghembuskan nafas terakhir meninggalkan balu, datin brawang chungggat dan enam anak. datuk temenggong kanang anak langkau pergi dalam usia 68 tahun. kematian beliau disahkan oleh hospital umum sarawak… Read More
  • pesta buku antarabangsa 2013 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 26 April 2013 hingga 5 Mei 2013 Tema : Buku Menjana Kepintaran Kreatif ingin sangat-sangat ke pesta buku kali ini banyak buku dan banyak orang seronok lawat ger… Read More
  • Standard KepengetuaanPengenalan Tugas dan tanggungjawab mengurus dan memimpin sesebuah sekolah menengah atau sekolah rendah, amat kompleks dan mencabar. Pengetua dan guru besar sebagai peneraju sekolah hendaklah bersedia melengkapkan diriden… Read More

0 comments:

Post a Comment