13 Dec 2013

Mereka Tak Pernah Mengerti


mereka tak pernah mengerti

siapa yang mahu mengerti
sebuah kesakitan yang tak tertulis
atau derita yang tak terkhabar
oleh berita pagi 
ia hanya tinggal luka dan perih
pada si pemilik

kawan
di mana-mana pun keperitan adalah sama
setiap padang rumput akan hijau warnanya
izinkanlah mereka berdiri dan berlari
mereka tak pernah mengerti
mengapa begitu luka hari muka
mengapa begitu sakit
membawa rangka hidup
mereka tak pernah mengerti
mereka pun tak tahu berharap
mereka hanya ingin seteguk susu sesuap nasi
dan berdiri dan berlari

kawan 
derita itu pun bukan mereka yang memulakan
pasti dari kedewasaan kita
dari kekuasaan kita
menabur luka dan duri
di hati mereka

usah menunggu berita pagi
berilah harap dan harapan
sebelum mereka mati


Related Posts:

  • padang menanti padang menanti tak ada perbualan hanya antara aku dan elus angin baris-baris awan yang belayar meninggalkan merentas dari jauh benua untuk pergi entah ke mana di tengah padang menanti bayang-bayang jatuh  b… Read More
  • tenteram berlabuh tenteram berlabuh bawakan tenteram berlabuh antara pohon dan tenang air bahawa di situ akan selalu ada garis-garis sabar berkaca di wajah tak pernah ada kepayahan tak sempat kautamatkan kerana kita selalu berada dalam du… Read More
  • bukan airmata bukan airmata (buat yang tinggal)apa lagi yang tertanamdalam lusuh rasa pahit yang tiba membingkai debarapa lagi keredupan yang singgahdan menjamah sisa masa ketika tak terjawab segenap yang tertanyahanya… Read More
  • menyeberang padang menyeberang padang beralih ke titik baru ke ruang baru jauh menyeberang padang bukan mudah untuk berada  dalam suasana baru hidup baru kau akan menemui wajah lain sudut berbeza jauh dari titik lama kau a… Read More
  • jalur pagi jalur pagi di celah jalur pagi aku melihat kamu berbungkus kabus dan ulit masa yang lembut sebelum panas tiba atau sebelum terik cahaya jelma semuanya begitu diam berbalut rahsia alam menjadi bening suara yang did… Read More

1 comment: