13 Feb 2013

wajah terindah




Kita dilingkari oleh alam indah yang tersergam. gunung, sungai, rimba, tasik, lautan dan apa saja yang berhadapan dengan kita bersaksikan keindahan yang tak terbandingkan kata-kata. usah pergi jauh di sekitar kita sendiri, tersusun wajah terindah yang saban hari kita saksikan. cuma melalui masa, segalanya tak begitu terasa tak sebagaimana kali pertama mata menatap. tak sebagaimana hati dijentik ketakjuban dan kekaguman ketika mata memandang.

ngorongoro, tanzania

manusia memiliki benuanya yang indah. warna-warna dari sinar cahaya, kenyamanan cuaca, kepanasan, dingin hujan, sejuk air, bunyi unggas dan burung berkicau, segalanya adalah kanvas alam yang terbentang di hadapan kita. alam seringkali memberi kita apa yang termahu oleh jiwa dan olak fikir. alam memberikan kecantikan yang tak terbandingkan oleh apa saja kemerduan, keindahan, atau kemanisan yang lain.

hujung minggu ramai berpusu-pusu ke pantai, hutan rimba, bukit, atau tasik untuk merehatkan akal dan fikiran. sebenarnya kita ke sana untuk mencari jalan tenang dan tenteram sehabis begitu lama disogokkan oleh rutin hidup yang menyesakkan. segala yang berada di hadapan kita adalah suasana baru, nafas baru, serta irama baru dalam muzik hidup. jika seringkali kita dibingitkan persekitaran, kesesakan, dan kebiasaan yang akhirnya meletihkan. kita ingin bebas dan merasa berupaya untuk berada dalam laman baru dan menyedut nafas baru sebelum kembali semula kepada rutin. bukan sekadar perjalanan ke destinasi indah itu mengasyikkan tetapi kita merasa kesegaran dari sudut fikir, emosi dan semangat.

lembah skardu, pakistan
Bali, Indonesia
begitu alam menyambut kita dengan segala kemampuan kesegaran dan keupayaan merawat segenap yang kusut dan tegang dalam jiwa. dalam kehidupan manusia tradisi alam adalah kesaksian yang memberi segalanya. alam menjadi segala rujuk, kekaguman, dan kepercayaan. kerana tidak ada sumber lain yang dapat dilihat segagah alam. dari hujan menjadi kemarau panjang. dari nyaman angin menjadi rbut dan taufan. dari alam hijau subur menjadi banjir yang meragut. begitu yang berlaku dalam kitar tradisi dan alam menjadi segala sumber ilmu, kebaikan, dan iktibar.

hari ini meskipun manusia sudah berada dalam pentas pemodenan tetapi mereka sebenarnya masih bergantung kepada alam. wajah terindah yang memberi sumber inspirasi, kekuatan, keyakinan, kesungguhan dan  keberanian bermula dari alam. pemodenan tidak mampu menyediakan sebagaimana yang terzahir dari alam luas.
shangrila, pakistan
killarney,  ireland
ha long bay, vietnam
milford sound, new zealand


alam wajah terindah. manusia meminjam sementara keindahannya.
.

0 comments:

Post a Comment