tenteram berlabuh
bawakan tenteram berlabuh
antara pohon dan tenang air
bahawa di situ akan selalu ada
garis-garis sabar berkaca
di wajah
tak pernah ada kepayahan
tak sempat kautamatkan
kerana kita selalu berada
dalam duga yang panjang
barangkali hari ini hati kita teruji
oleh rebah dan gundah
oleh sakit dan gigil
sebagaimana riak-riak yang pergi
satu detik, tenang bermukim di muka air
bawakanlah tenteram berlabuh
antara pohon dan tenang air
kita akan selalu begitu
mengusung walang
di hujungnya sejuknya tenteram
menunggu
bawakan tenteram berlabuh
antara pohon dan tenang air
bahawa di situ akan selalu ada
garis-garis sabar berkaca
di wajah
tak pernah ada kepayahan
tak sempat kautamatkan
kerana kita selalu berada
dalam duga yang panjang
barangkali hari ini hati kita teruji
oleh rebah dan gundah
oleh sakit dan gigil
sebagaimana riak-riak yang pergi
satu detik, tenang bermukim di muka air
bawakanlah tenteram berlabuh
antara pohon dan tenang air
kita akan selalu begitu
mengusung walang
di hujungnya sejuknya tenteram
menunggu
tenteram berlabuh... indah katanya.. bila dipasangkan bersama, foto itu memberi makna..
ReplyDelete