31 Jan 2013

keyakinan segalanya

keyakinan segalanya



pada waktu kecil, terasa semua begitu mudah. apa yang melintas terasa ia dapat dicapai dan apa yang dipandang terkadang terpenuh dengan cetera. di bintang yang bertabur, terasa ada mata raksasa besar memerhati. terasa ingin terbang ke dalam awan dan pergi ke mana kehendak hati. terasa begitu mudah dan indah. segala yang bergolak dalam ruang imaginasi akan dizahirkan dalam tindak, meskipun terkadang terlalu dangkal dan tak berhasil. tapi tak pernah kita merasa takut dan ragu-ragu untuk merasakan apa yang berbuai dalam alam imginasi.

semakin bertambah usia, semakin keraguan tumbuh dan membiak. dan banyak yang terfikir hanya terbuai oleh angan panjang dan keraguan yang bersirat datang. tak ada keyakinan? tak ada keinginan? dan semakin bertemu dengan gagal semakin perit rasanya menelan.

rupanya, pemikiran zaman kecil jauh lebih agung dan hebat. tak ada halangan kerana kita percaya kita dapat merebut apa yang ada.

kerana kita percaya, ada raksasa di balik bintang dan kita boleh terbang
angan kita melonjak jauh tanpa ragu dan rasa bersalah

pengalaman kadangkala membendung kita untuk maju ke muka
kerana sesudah kita rebah kita masih membawa kesakitan lama meski berada di jalan yang baru

keyakinan adalah segalanya
percayalah, aduhai diri dan segala saraf anggota
berusahalah sehabis daya, kemudian kita bertawakal

tak ada jalan mudah tetapi tak ada jalan yang tak bisa diredah.






Related Posts:

  • keanehan socotrasocotra adalah sebuah pulau yang berada di yaman. pulau ini memiliki keunikan dan keanehan yang luar biasa. keanehan socotra adalah lanskap pulau ini. pohon-pohon yang tumbuhmemiliki bentuk-bentuk yang aneh dan merupakan tu… Read More
  • Bajet 2014TEKS ucapan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Rang Undang-undang Perbekalan (2014) di Dewan Rakyat, Jumaat, 25 Oktober 2013. TUAN Yang Dipertua, saya … Read More
  • malala yang berani Malala Yousufzai seorang remaja malala yousufzai yang berasal dari pakistan dicalonkan sebagai penerima anugerah nobel keamanan 2013. malala berhadapan dengan maut setelah ditembak oleh kumpulan taliban kerana … Read More
  • big giveaway by cikgu fizi, fizgraphic, emasPutih, duniashida & aimanCool   Klik banner untuk ikut serta  Giveaway ini dikelolakan oleh blog fizgraphic.com Sesuai dengan namanya GA ini banyak hadiah yang disediakan untuk para pengunjungnya. Syarat-syarat Untuk Sertai GA ini… Read More
  • israk mikraj Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat s… Read More

0 comments:

Post a Comment