31 Jul 2013

lambang sari


Ensemble Gamelan Melayu terdiri daripada 7 alat utama:
1.Bonang
Dikenali juga sebagai Keromong. Diistilahkan sebagai gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat melodi utama. Mengandungi 2 oktafyang berlaras "anhemitomik pentatonik" dan disongsangkan.Secara fizikalnya alat ini mempunyai bentuk seperti kendi dan sifat bunyinya "dengung". Dalam bahasa jawa bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai "Wedok" manakala yang beroktaf tinggi dikenali sebagai "Lanang".Ianya menggunakan sistem notasi angka yang dikenali sebagai "French Cheve System" sempena nama pengasasnya iaitu Dr Emile Cheve dari Peranchis.

2.Gambang
Terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktafyang dijadikan sebagai alat melodi.Menggunakan 2bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.

3.Saron Pekin
Dikenali juga sebagi saron penerus. Seabagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok.Dalam permainan ini teknik perdam dan cincang sering digunakan dan mampu menghasilkan suara yang lantang dan nyaring. Alat pemukul diperbuat daripada tanduk kerbau.

4.Saron Barong
Mempunyai bentuk yang hampir sama dengan saron penerus. Juga berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan cincang. Alat pemukul diperbuat dari jenis kayu yang lembut.

5.Kenong.
Diperbuat daripada perunggu dan sebagai alat kolotomik yang dominan dalam rangkaian Gamelan Melayu di Malaysia.

6.Gendang
Berperanan sebagai peyokong irama. Merupakan jenis gendang dua muka seperti tempayan. Ia dipukul dengan kedua belah tangan dan mampu menghasilkan suaramnemonik asas seperti "doh" pada permukaan besar dan mnemonik "tak'pada permukaan kecil.

7.Gong
Dalam Ens Muzik Gamelan Melayu terdapat 2 buah gong digunakan iaitu gong Agung dan gong Suwukan.

Lambang Sari






Related Posts:

  • tiba ogos Telah tiba ogos. Ogos dan ramadan yang bergandingan. Tiada lain dari terdampar di laman fikir dan bayang tatap adalah ketibaan ogos bermakna tibanya detik gemilang negara - kemerdekaan negara. Tidak siapa menafikan d… Read More
  • nyanyi alam alam bersaksi dengan nyanyi memberitahu dan bercerita tataplah berkali-kali di situ temui makna … Read More
  • lambang sari Ensemble Gamelan Melayu terdiri daripada 7 alat utama: 1.Bonang Dikenali juga sebagai Keromong. Diistilahkan sebagai gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat melodi utama. Mengandungi … Read More
  • luka filem pendek adalah filem yang memiliki durasi tayangan sekitar 1 hingga 30 minit berdasarkan standard filemantarabangsa. filem pendek pula dikategori kepada filem pendek komersial, filem pendek ekspiremental, filem pendek … Read More
  • ada yang mengharukan iklan atau komersial terhasil dari daya kreativiti yang amat kreatif. ia bukan sekadar melariskan produk tetapi dalam detik yang begitu singkat ia dapat menyentap jiwa mengguris kalbu. ia meninggalkan kesan yang tersendi… Read More

0 comments:

Post a Comment